Politik tidak statik, tetapi pemikiran politikus selalu terlihat rigid. Dia dengan pendapatnya, seolah-olah pendapat yang lain total salah. Baginya "aku hebat, dan hebat cuma satu, dan itu aku!".Apa yang 'aku' fikir mesti ku sampaikan pada yang lain supaya dapat kupaksa mereka menerima ia sebagai kesatuan fikir. Jika tidak, akan 'ku'tentang mereka kerana mereka pasti salah!. Berbeza pandangan itu perpecahan?...ah, sedang hakikatnya ia adalah rahmat. Bukankah yang terbaik bakal terjelma?, dari himpunan ribuan pendapat!!. Kalaulah dapat saling memahami dan menghormati...
Tarbiyah itu begitu membebankan. Kerana disempitkan ertinya yang luas. Hidupnya dalam kepura-puraan. Atau dibilang sarkastik?. Bicaranya soal jemaah tapi lakunya nak hidup seorang. "Aku sudah menyumbang banyak dan apa sumbangan kamu?" soalan yang memperkecil-kecilkan tatkala hujah tidak mampu dibalas hujah. Ah, lalu bagaimana di dunia ingin hebat sedang akhirat ditinggal-tinggalkan. Hubungan dengan tuhan seakan terjaga tetapi sesama insan terpencil tergelincir. Bukankah lebih baik berbalah untuk kebaikan ummah daripada baik sekadar pada diri sendiri?
Politik sering disalah erti. Sering dikatakan ia kotor. Sedang politik adalah seni, yang sangat halus dan pastinya suci. Namun kotornya adalah pada pemainnya yang hina. Tidak sanggup dicemuh, lalu apa ertinya kau berada dimedan cemuhan??. Adakah dalam hidup semestinya benci dibalas benci?. Atau mungkin boleh difikirkan bagaimana dari benci menjadi cinta. Apabila dakwah terkait terus pada Allah, dan tidak bakal terkesan dengan makhluk. Ah, bilakah kemanisan itu bakal melekat dalam diriku?. Adakah dengan mengasingkan politik dari agama?. Bicara apa kau!!
Pernahkah kau menerima tarbiyah terus dari Allah. Apabila sakit masih mampu tersenyum simpul, kerana tahu ujian apakah bakal kau harungi. Namun sayang tidak begitu kita ini. Bila sakit sangat mudah merintih, mendayu-dayu memohon ampun pada Pemilik Cinta. Hakikatnya kita lupa, kifarah juga terkadang bukan sekadar salah pada Rabb, juga hubungan dengan manusia, atau mungkin dengan binatang juga tumbuhan?. Lupa adalah tandanya kita hamba. Dan ahli politik paling kuat pelupa?. Sekurang-kurangnya pada janji sendiri!!
Zaman itu berubah, kerana masa tetap pasti kan berubah. Sehingga ia tidak lagi dinamakan masa, pada hari perubahan yang hanya diketahui oleh Dia. Politik juga berubah, kerana pemainnya sering diubah-ubah, sesuai dengan perubahan zaman. Lalu, apa yang begitu kau harapkan?. Punya keabadian dan mengabaikan sisi-sisi perubahan yang sering berubah??. Ah, tinggalkanlah pengharapan pada makhluk. Mana keterbegantungan kau pada Tuhan yang memiliki setiap satu unsur perubahan. Cubalah berubah untuk sama-sama menghayati dan mengikuti perubahan itu. Ah, namakan sahaja perubahan demi kebaikan. Hijrah!!
Aku berdosa. Kalian juga berdosa, kerana yang terhindar dosa itu cuma kekasih yang Maha Pencipta. Cuma yang membezakan, banyak mana dosamu berbanding yang lain. Dan ada politikus yang mendabik dada, katanya "Kau lebih banyak dosa daripada aku, maka apa perlunya aku mengikut kata-katamu!". Ah dia terlupa, rupanya tuhan pencipta Dosa dan Pahala maha pengampun. Bukan dilihatnya banyak mana dosa dilakukan. namun dilihatnya banyak mana taubat dilafazkan. Ah, yakinkah kau yang baik selamanya akan baik?.. dan jahat akan selamanya jadi jahat?.. Moga yang baik akan kekal baik dan jahat mampu berubah menjadi baik.. Prinsipnya, kita sama disisiNya!... Siapa yang tahan diuji, maka dia berjaya, dan hasil ujian adalah ketaqwaan.. Jangan sampai dengan kuasa kau tersungkur!!!
3 comments:
astaghfirullah, btol tu...sungguh hine sbenaqnye kite ni di sisiNYA..ingt firman Allah: 'katakan lah, "sekiranya bapa2, ank2, saudara2, isteri2, kaum kluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perniagaan yg kamu khuatiri kerugiannya, n tmpt tggl yg kamu sukai, adalah lbh kamu cintai drpd Allah n RasulNYA serta berjihad pd jlnNYA, maka tggulah smpai Allah mendatgkn ktpsnNYA," dan ALlah x memberi pertunjuk pade org yg fasik' -al-Taubah:24-
kita MGKN blh capai ke thp hebat di sisi Allah jika mmpu berbuat demikian, yg dasarnya adalah TAQWA...
tp jib, geram jgk aku dgr komen briter2,media arus perdna Ameno yg komen psl bai ah, islam dan politik nih...komen x berdsrkn islam yg sbnr, tp nfsu smata2...
i like this..
two thumbs up!!
fariz, balik rumah cepat.. jangan nak ngengada duduk lelama kat kelantan tu.. aku tinggal kurang 3 minggu je lagi kat rumah.. pastu mau cabut!
Post a Comment