Tuesday, January 26, 2010

Aduka Taruna yang aku kenal...

Entah kenapa perasaan bercampur-campur.. gagal mentafsir perasaan sendri... yang nyata suatu perasaan yang sangat negatif.. berbentuk pilu, simpati dan empati... arghhh... sedih barangkali...

Untuk mengenal seseorang sahabat.. pergilah bermusafir dengannya... dan aku?... arghh... bukan sekadar bermusafir.. jauh dari itu, aku pernah tidur dan dilayan dengan baik oleh aduka taruna di rumahnya... kami sama-sama menjalankan satu misi yang manis... ke majlis kenduri seorang sahabat di ibu kota... suatu perjalanan yang sangat x terlupakan... dan terbaru, aku bertemu lagi dengan aduka di n9 tatkala melilau2 di PRK bagan pinang... ah, saat wak albanjaripun sekadar dapat belaga pipi kurang 10 saat.. aku sibuk duduk2 berbual2 dengan aduka... waktu itu, aku menjadi org tengah yg baik sekali.. apatah lagi terlalu ramai blogger yg mengidam untuk bertemu sahabatku itu...

Sedikit terlambat mengetahui musibah yang sedang beliau alami... itupun setelah phoneku yg suam2 hidup itu menerima puluhan sms dan m.call yang tidak dapat kulayan lantaran kondisiku saat itu... aku tersentak... diakui, dari dahulu, bahasa aduka taruna benar mengguris hati lembut manusia normal... namun, tragedi yang ini benar2 meninggalkan kesan entah tidak keruan buatku.. ah sementelah lagi kurang 4 hari lagi ada peristiwa besar dalam hidupnya yang akan berlaku... naluri sahabatku begitu disentuh sekali...

Berbeza pendapat mengenai politik itu normal... malah ada hikmahnya apatah lagi sesuatu yang terbaik dapat dijelmakan... tolak ketepi dahulu soal yg menjadi titik persamaan kebanyakan pihak... sekadar soal bahasa... yang aku sendiri akui agak melampau dan diluar norma hidup selesa masyarakat yg mengikuti perkembangan IT... namun, peribadinya aduka sangat meruntun jiwaku untuk berasa sangat simpati... dia yang aku kenal...

Tidaklah seperti apa yang rakyat malaysia tanggapi seperti hari ini... lembut, romantis, bersuara ala-ala pemalu... ah, bagaimana mampu aku beritahu pada dunia.. bagaimana orangnya AT ini??... segalanya ditutup oleh kesalahan bahasa dan biadap yang dilakukan... moga tabah dan sentiasa berserah diri pada ALlah... AT, benar banyak juga langkahmu yang silap... jauh lebih utama... jadikanlah ia suatu pengalaman hidup yang manis dan mampu pula mematangkan... aku masih berdiri bersamamu... dalam tajuk sahabat dan persahabatan... moga kau baik2 sahaja... buat pak2 polisi yang cuba memancingku... AT sudah ad bersama kalian... lakukanlah siasatan dengan adil... moga kemelut ini berakhir dengan segala hikmahnya...

Wednesday, January 13, 2010

Professor Dr. Abdul Aziz Bari Di USM Kampus Kejuruteraan!!



Petang tadi dengar ceramah Maal hijrah oleh Ustadz Ilyas... mcm biasa YDP MAIPP nie tidak asing dalam pada penglihatan aku... memang bahasa2 yang digunakan menusuk kalbu... sungguh puitis dan begitu menjaga bunga bahasa... ayah kepada ustadz Ramadhan Fitri nie.. memang antara orang yg aku akui keilmuan dan hikmahnya dia...

Antara lain isi ustadz bgtau td adalah bagaimana pesanan Rasullulah bahawa untuk menjadi seorang muslim yg baik... perlulah seseorang itu menguasai isu2 semasa yang beredar sekitar zaman ia berada... hehe... memang kene betul ucapan ustadz nie.. sebab Pusat Islam menyahut seruan nie dengan menganjurkan satu forum isu2 semasa dengan menjemput Professor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai panel... hehe...

So, jangan lepaskan peluang untuk ramai2 kita mengambil cakna dunia lingkaran kita muktahir ini.. aku sangat pasti banyak input2 yang boleh kita ambil daripada forum itu nanti... oh ya.. lupa nak bgtau.. forum bkl diadakan pada 19 jan ini.. bertempat di DK4 jam 2.45 petang.. maka, aku menyeru seluruh warga kampus dan warga sekitar untuk sama2 memeriahkan forum yg bakal berlansung.. moga2 ada natijah yang baik daripada penganjuran wacana ilmiah begini... sedikit latar Professor Dr. Abdul Aziz Bari... < disini >

Tuesday, January 12, 2010

Pilihlah saya jadi Ketua Darjah!...



Ahaks nak tergelak lak aku nengok Mesia skang nie... erm.. entahlah nak sokong ke x.. cuma aku sangat takut bila SPR terlibat dengan porses pemilihan ketua darjah nie.. maka lama2 nanti.. ayah sapa yang paling kaya n paling banyak dapat bg gula2.. anak dia dapat jadi ketua darjah... huhu.. pulak tu perintis kat sekolah TTDI.. kawasan elit golongan kaya.. mak aih.. aku x dapat bayang budak2 bawah 12 tahun dah pandai main rasuah... tapi.. erk, aku pikir jauh sangat ke??.. haha... layan sendrilah.. < di sini >

Diari hijau...


Skang aku ada diari hijau.. huhu... 6 tahun lepas.. aku memang amalkan tulis diari nie... tapi zaman dah berubah... manusia dah moden.. tetiba ada blog... so, aku guna blog untuk sampaikan isi hati aku... cuma masalah dengan tulis kat blog nie adalah, aku x dapat nak sampaikan hasrat aku secara sejujur2nya.. aku just komen surface dan kalau nak hentakpun.. just hentak yang x melukakan...

Dan 2 tahun kebelakangan nie.. banyak lak yg aku perlu tulis.. just nak sedapkan hati sendiri.. so, aku skang dah ada diari hijau.. haha.. aku akan menulis dalam tu.. rasa lebih tenang dan lebih jujur.. btw, aku tulis gak dalam tu semua peribadi yang aku kenal.. supaya, bila aku dah x kenal nanti.. aku boleh baca2 semula dan kenal2 semula.. hehe.. x gitu kak memot??... sombong gile skang!!

Friday, January 1, 2010

2010... Azam yang tak tertunai...

Setiap kali awal tahun.. tidak kira la hijrah ka masihi... manusia berleval normal pasti akan berbicara soal azam... seakan begitu penting azam baru untuk menyambut sesuatu angka baru dalam peredaran masa per tahun ini... entahlah... aku tidak pasti orang lain.. namun aku, sepanjang hidup, tidak banyak azam yang mampu aku tunaikan... mungkin kerana azam yang di utarakan tidak sekuat keinginan sebenar.. sekadar azam-azaman mengikut trend.. mungkin... maka tahun ini, aku menangguhkan segala jenis azam baru.. kerana aku mempunyai banyak azam yang tidak tertunai... sehingga beberapa azam penting itu tertunai.. baru aku akan memikirkan azam yang lain.. ya, sudah tentu untuk tahun2 akan datang pula... huhu...

Sebelum tutup posting nie.. apa kata layan benda alah nie kejap.. huhu... aku x pasti la benda nie relevan ka tidak.. tapi sangat memalukan Malaysia la.. walaupun dikatakan tentera x terlibat... tapi, kalau betul2 x terlibat.. berdouble2 malunya sebab sistem keselamatan sangatlah teruk... jentera seberat itu boleh hilang dalam jagaan suatu entiti besar keselamatan negara.. lalu selamatkah negara kita sekarang?



Related Posts with Thumbnails