Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, March 8, 2010

Lelaki-Lelaki Longkang!

Busuk,
Hapak,
Tengek,
Hamis,
Hancing,
Mulut kalian memang mcm longkang!
Ya, Lelaki-Lelaki Longkang!!

Dedikasi buat katak-katak yang terlalu banyak dewasa ini.. juga buat semua lelaki-lelaki longkang yang ada ...

Wednesday, January 13, 2010

Professor Dr. Abdul Aziz Bari Di USM Kampus Kejuruteraan!!



Petang tadi dengar ceramah Maal hijrah oleh Ustadz Ilyas... mcm biasa YDP MAIPP nie tidak asing dalam pada penglihatan aku... memang bahasa2 yang digunakan menusuk kalbu... sungguh puitis dan begitu menjaga bunga bahasa... ayah kepada ustadz Ramadhan Fitri nie.. memang antara orang yg aku akui keilmuan dan hikmahnya dia...

Antara lain isi ustadz bgtau td adalah bagaimana pesanan Rasullulah bahawa untuk menjadi seorang muslim yg baik... perlulah seseorang itu menguasai isu2 semasa yang beredar sekitar zaman ia berada... hehe... memang kene betul ucapan ustadz nie.. sebab Pusat Islam menyahut seruan nie dengan menganjurkan satu forum isu2 semasa dengan menjemput Professor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai panel... hehe...

So, jangan lepaskan peluang untuk ramai2 kita mengambil cakna dunia lingkaran kita muktahir ini.. aku sangat pasti banyak input2 yang boleh kita ambil daripada forum itu nanti... oh ya.. lupa nak bgtau.. forum bkl diadakan pada 19 jan ini.. bertempat di DK4 jam 2.45 petang.. maka, aku menyeru seluruh warga kampus dan warga sekitar untuk sama2 memeriahkan forum yg bakal berlansung.. moga2 ada natijah yang baik daripada penganjuran wacana ilmiah begini... sedikit latar Professor Dr. Abdul Aziz Bari... < disini >

Tuesday, January 12, 2010

Diari hijau...


Skang aku ada diari hijau.. huhu... 6 tahun lepas.. aku memang amalkan tulis diari nie... tapi zaman dah berubah... manusia dah moden.. tetiba ada blog... so, aku guna blog untuk sampaikan isi hati aku... cuma masalah dengan tulis kat blog nie adalah, aku x dapat nak sampaikan hasrat aku secara sejujur2nya.. aku just komen surface dan kalau nak hentakpun.. just hentak yang x melukakan...

Dan 2 tahun kebelakangan nie.. banyak lak yg aku perlu tulis.. just nak sedapkan hati sendiri.. so, aku skang dah ada diari hijau.. haha.. aku akan menulis dalam tu.. rasa lebih tenang dan lebih jujur.. btw, aku tulis gak dalam tu semua peribadi yang aku kenal.. supaya, bila aku dah x kenal nanti.. aku boleh baca2 semula dan kenal2 semula.. hehe.. x gitu kak memot??... sombong gile skang!!

Wednesday, December 30, 2009

Negara Berkebajikan...



Aku masih duk dalam fasa hairan lagi nie... jenama negera berkebajikan dah x laku ke?... or just boleh diulang sebut time nak pilihanraya?... tenggelam terus dah benda alah nie... tapi tambah pelik.. Satu Malaysia up gile2 lak.. aiseh... dengan x de satu jenama yang kukuh... entah mcm mana PR nak menyaingi si Najib itu... duk sibuk tembak bab2 teruknya musuh... tanpa ada satu usahapun nak upkan hebatnya kita!... bijaknya si najib lak.. dia x layan lansung benda2 nie.. huahua... cuma kat kelantan je.. aku rasa sebati dengan jiwa rakyat Kelantan.. satu agenda yg dibawa Tok Guru Nik Aziz... Membangun Bersama Islam.. tapi yg tupun aku pelik.. pehal x mampu nak di bawa dalam arus perdana.. tersekat sekadar di Kelantan je.. huahua... mungkin jauh lagi baru kita nie mampu nak menang... maap cakap la... kita belum sedia... serius belum sedia... dari sekecil2 ahli.. sampai la sebesar2 pimpinan... erk.. mana wala'?

Ok, itu intro jek... hehe... sebenarnya aku dari dulu lagi dah bawak idea2 kebajikan nie untuk diterapkan oleh mahasiswa kampus... tapi mcm cakap dengan batu... usahkan nak menyokong... siap membangkang lagi... sibuk buat prog yang syok sendri... prog yg last2 sesama sendri duk masam muka... apatah lagi dalam kampus budak2 mahasiswa nie mungkin lahir dari keluarga kaya2... duit bukan masalah.. maka sahaja x nampak bahawa diluar sana terlalu ramai manusia yang hidupnya diburu bayangan sendiri untuk mencari yang namanya duit... cuba bagi aku satu prog.. PMI umpamanya.. yg berkonsep kebajikan.. ke rumah anak yatim ka.. ke rumah orang2 tua ka.. ke hospital ka.. ada?... ces kek betul... mana budak2 nie mampu nak pikir sampai tahap tu.. jiwa budak2 lagi... gaduh2 dalam meeting je kerjanya... hauhua

So, pointnya.. aku nak promote blog seorang sahabat aku nie.. dia bukan budak PASpun... malah, silap2 x bagi sokonganpun.. sebab sikap kita la... sikap kita yg buat orang2 mcm sahabat aku nie... seakan jauh hati nengok gelagat manusia2 syok sendri.. huhu... tinggalkan tu.. sepatutnya kebajikan tidak kira anutan politik... okes itu je aku nak post.. hauhau... makin x betul aku nie... patut skang makin insaf.. tapi aku nak jadi ganas dalam penulisan.. sebelum tetiba betul2 kene senyap... ngeh2...  blog sahabat aku < di sini >

Tuesday, December 29, 2009

Wau lamanya!!


Huhu.. lama betul x update mana2 blog... gian lak rasanya... apatah lagi lately dunia politik umpama gerakan rawak zarah-zarah yang belaga sesama sendiri... pergh laju betul... sampaikan aku yang ramai org kata bergerak dengan kelajuan cahayapun x mampu nak menyaingi kelajuan dunia politik hari ini... maka jangan salahkan jika aku sangat mengabaikan perihal perjalanan politik buat sementara waktu... bagi aku tempoh bertenang dan tempoh untuk diriku sendiri... dikuatkan lagi akupun belum tentu hidup yang bagaimana bakal aku lalui seterusnya... 

Perancangan demi perancangan satu-satu tersungkur tanpa belas kasihan... huhu.. pentas dunia seakan mengecil.. perjalanan johor-penang umpama dari tebing sungai ke tebing sungai yang satu lagi... ujian demi ujian mencabar akal waras sehingga tiada space untuk memikirkan dunia politik... rupa-rupanya.. jika datang sesuatu yang lebih mendesak... kita boleh melupakan apa sekalipun yang menjadi kegemaran kita sebelumnya...

Belum lagi masuk bab tanggungjawab anak kepada ibu bapanya... huhu... bulan2 belakangan ini aku seakan anak yang membawa malu keluarga... aiseh... bukan sekadar malu, malah kerisauan melampau juga... ditambah degil dan kepala batunya aku... ish, pernahkah kalian merasa menjadi anak yang sangat tidak berguna??... itu terjadi pada aku sekarang... huhu.. pada usia 23 tahun, masih mengharapkan wang orangtua... aku sangat yakin, ibu bapaku adalah yang terbaik di dunia...

Walau bagaimanapun aku... pasti aku masih diterima baik oleh mereka... walaupun sering dan kerap memalukan... cuma dipihak aku... jikalah iman tidak ada dalam diri... aku pernah berfikir untuk sekurang2nya terjun ke sungai kerian... huahua... ceteknya pemikiran yang ditunjangi bisikan syaitan!...

Ramai orang marah dan tidak setuju dengan cara aku menulis... mungkin kerana terlalu kerap menipu.. maka segala buah fikiranku dianggap menipu... holla... padahal apa yang aku tipukan itu.. semuanya adalah perkara yang gagal mereka tafsirkan... seterusnya dengan penafsiran sendiri... maka dengan kuasa penghukum yang ada... aku dijatuhkan hukuman mati... oleh itu, aku memutuskan blog konsesi dakwah... sekali lagi aku tutup untuk umum... biarlah apapun yg kalian ingin katakan selepas ini.. blog itu biar kenangan aku sendiri...

"aik, boleh pulak mcm tu??... hari tu kata x nak update.. pastu update.. skang nak tutup... huhu... mesti lepas nie bukak balik..."... ini adalah ayat yang akan kalian utarakan.. jadi, x yah cakap dah ayat nie.. sebab aku dah tulis dalam blog yang ini!... huahua... balik semula pada tipu... ada seorang sahabat memberi nasihat.. x baik tipu dr minal n dapat sampai 13 mc... baiklah pergi je kelas... ngeh2.. hasil tulisan aku "sakit itu tidak sakit"... rupanya ditafsirkan aku sebagai menipu dr minal untuk mendapatkan mc?... adoila... hauhua...

Kemudian ke bagan pinang... jikapun tidak ada duit kalian, aku tetap juga akan ke sana.. malah ketika kutipan infa' itu dijalankan.. aku sudah 2 hari disana.. masih hidup dengan segar!!... dan untuk pengetahuan semua... infa'2 kalian sudah ku masukkan dalam tabung derma jihad bagan pinang.. tidak sesenpun aku gunakan... dan kata seorang lec jemaah " kalau x de duit.. x payahlah pergi bagan pinang... ".. erk... mengapakah kenyataan tergantung ini terjadi?... oh, rupa2nya ada kutipan derma atas namaku... holla... BOSAN!!

Buat sahabat2 serumah lak... bila nak adakan meeting??... sapa yg akan keluar dan siapa yang akan stay?... bila nak jemput semula ustadz buat kuliah mingguan?... bila nak adakah hari masak bersama-sama?... adakah semakin ramai penduduk rumah, maka semakin sukar pula mengadakan aktiviti?... lupakanlah segala jenis sengketa... lepas2 nie beringat... kalau kitapun terlihat sangat x faham jemaah.. apa diharap pada adik2 tu supaya dapat memahami jemaah lebih baik dari kita?... fahami kondisi masing2.. kita bukan lagi pimpinan.. melainkan bekas pimpinan!!..

Kalau aku lain.. aku MT Alumni ... wakaka... Bendahari beb!.. so, sapa x bayar lagi yuran.. sila lakukan dengan segera... tempoh kontrak aku jadi pemangku Bendahari dilanjutkan.. kerana performance bagus.. hehe... arahan mas'ul... oh ya satu lagi... streamyx ada buat promosi... last 31 nie.. so, nak upgrade x internet rumah... ala.. bayar dalam area 11 inggit sebulan sorang.. lebih kurang makan 2 kali kat kari korner je... hauhua... kalau x nak respon la... kalau x respon.. maknanya nak la.. hauhua... 

Thursday, December 3, 2009

Budak-budak nakal!

Balik cuti raya haji.. sepatutnya ada perkara yang besar berlaku kepada diri aku... namun, siapa yang mampu menghalang perancangan Allah?.. maka terpaksalah ditangguh atas banyak faktor2 kecil yang bila dicantum-cantum cukup kuat untuk aku menentukan keputusan terbaru ini... hehe... sekadar muqaddimah...

Budak-budak nakal??... haha tergelak aku sekejap bila baca laporan < disini >... aku bukan apa... sebab baru je rasa sedikit x best bila duk nengok puak2 UMNO menyamar pakai kopiah/lebai then tetiba berarak kat kelantan suh TGNA undur... n mintak maap ngan najib Razak?... wakaka... last2 Tok Guru balas... diorang sebagai budak2 nakal??... hikhik.. entah kenapa... perkataan tu aku rasa dah cukup tuk tepis semua yang budak2 tu buat... ala.. satu kelantan even satu malaysia pasti tahu keje puak2 UMNo la tu.. entah kenapa la x de teknik lain agaknya.... hauhua

layan nie... kesnya sama je la aku tengok.. huhu

Wednesday, November 18, 2009

Aku Tak Faham


Entah... serius aku x paham... sebenarnya macam mana sesuatu kes berjalan kat mahkamah... ish2... bila aku baca < di sini >, aku garu kepala... apa perlunya SPR pulak yang buat rayuan?... erk bukankah tugas spr just handle Pilihan Raya bila dah terbukti ada kekosongan... yang nie siap arahan mahkamah lagi... so, kalaupun nak minta tangguh penguatkuasaan atas alasan rayuan... rasanya pihak YB kene tendang la yang patut buat minta mahkamah tangguh penguatkuasaan supaya SPR jangan umumkan apa-apa lagi dalam erti kata bila PRK dan sebagainya... huhu... pehal lak SPR kene mohon sendri??... ish2 kalau yepun SPR tu komponen UMNO BN... x yah la buat aku pening gini... skang aku dah x paham... ha sapa susah?... ish2!!..

Monday, November 16, 2009

Kosong??


Habis sangka baik dalam kepala otak aku menyatakan bahawa badan kehakiman cuba mendapatkan kembali keyakinan rakyat dan keyakinan Pakatan Rakyat khasnya.. tapi entah, naluri pembunuh aku menyatakan ada sesuatu yang x kene... x tau la apa yang x kene tu... tapi bila aku baca < di sini > dan kemudiannya < di sini >, otomatik otak aku secara semula jadi disetkan bahawa ada agenda x baik sedang berlansung. Ish, aku pikir lebih sangat kot... huhu... so, ngundi lagi la kita yop?

Sunday, November 15, 2009

Kambing Hitam


Aku x tahu kenapa kambing hitam akan bagi satu persepsi buruk kat rakyat malaysia. Mungkin natijah daripada pemahaman guru2 dahulu bahawa kambing hitam menggambarkan suatu yang negatif.

Dan sekarang Khalid Samad kambing hitam?..Maka siapa kambing putih??



Tapi aku pelik... bukan 2-2 kambing ka??... nape nak beza-bezakan warna??... hauhua

Friday, November 13, 2009

Lepas tanpa Bebas

Lawak aku dengar istilah nie... haha.. lepas tanpa bebas... entah kenapa pelik2 je istilah undang2 nie.. manusia mencipta pelbagai istilah yang kemudiannya manusia sendiri tak mampu mentafsirkan.

"Penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin Rabu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau."

Ahaks... nampak x kan mana lawaknya... dilepaskan tanpa bebas sebab polis belum dapat mengesan kat mana Raja Petra??... wakaka... rupa-rupanya waran tangkappun duk ada lagi kat tangan polis... lepas tu ada hati nak masuk mahkamah... Raja Petra boleh je claim x tahu... coz waran tangkap x de kat dia... wakaka...

Tup2 blog Raja Petra di updated....

Wednesday, November 11, 2009

Pejuang PAS- Sesekali Di Uji

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa.

Himpunan Bicara Politik/Tarbiyah


Politik tidak statik, tetapi pemikiran politikus selalu terlihat rigid. Dia dengan pendapatnya, seolah-olah pendapat yang lain total salah. Baginya "aku hebat, dan hebat cuma satu, dan itu aku!".Apa yang 'aku' fikir mesti ku sampaikan pada yang lain supaya dapat kupaksa mereka menerima ia sebagai kesatuan fikir. Jika tidak, akan 'ku'tentang mereka kerana mereka pasti salah!. Berbeza pandangan itu perpecahan?...ah, sedang hakikatnya ia adalah rahmat. Bukankah yang terbaik bakal terjelma?, dari himpunan ribuan pendapat!!. Kalaulah dapat saling memahami dan menghormati...



Tarbiyah itu begitu membebankan. Kerana disempitkan ertinya yang luas. Hidupnya dalam kepura-puraan. Atau dibilang sarkastik?. Bicaranya soal jemaah tapi lakunya nak hidup seorang. "Aku sudah menyumbang banyak dan apa sumbangan kamu?" soalan yang memperkecil-kecilkan tatkala hujah tidak mampu dibalas hujah. Ah, lalu bagaimana di dunia ingin hebat sedang akhirat ditinggal-tinggalkan. Hubungan dengan tuhan seakan terjaga tetapi sesama insan terpencil tergelincir. Bukankah lebih baik berbalah untuk kebaikan ummah daripada baik sekadar pada diri sendiri?


Politik sering disalah erti. Sering dikatakan ia kotor. Sedang politik adalah seni, yang sangat halus dan pastinya suci. Namun kotornya adalah pada pemainnya yang hina. Tidak sanggup dicemuh, lalu apa ertinya kau berada dimedan cemuhan??. Adakah dalam hidup semestinya benci dibalas benci?. Atau mungkin boleh difikirkan bagaimana dari benci menjadi cinta. Apabila dakwah terkait terus pada Allah, dan tidak bakal terkesan dengan makhluk. Ah, bilakah kemanisan itu bakal melekat dalam diriku?. Adakah dengan mengasingkan politik dari agama?. Bicara apa kau!!


Pernahkah kau menerima tarbiyah terus dari Allah. Apabila sakit masih mampu tersenyum simpul, kerana tahu ujian apakah bakal kau harungi. Namun sayang tidak begitu kita ini. Bila sakit sangat mudah merintih, mendayu-dayu memohon ampun pada Pemilik Cinta. Hakikatnya kita lupa, kifarah juga terkadang bukan sekadar salah pada Rabb, juga hubungan dengan manusia, atau mungkin dengan binatang juga tumbuhan?. Lupa adalah tandanya kita hamba. Dan ahli politik paling kuat pelupa?. Sekurang-kurangnya pada janji sendiri!!


Zaman itu berubah, kerana masa tetap pasti kan berubah. Sehingga ia tidak lagi dinamakan masa, pada hari perubahan yang hanya diketahui oleh Dia. Politik juga berubah, kerana pemainnya sering diubah-ubah, sesuai dengan perubahan zaman. Lalu, apa yang begitu kau harapkan?. Punya keabadian dan mengabaikan sisi-sisi perubahan yang sering berubah??. Ah, tinggalkanlah pengharapan pada makhluk. Mana keterbegantungan kau pada Tuhan yang memiliki setiap satu unsur perubahan. Cubalah berubah untuk sama-sama menghayati dan mengikuti perubahan itu. Ah, namakan sahaja perubahan demi kebaikan. Hijrah!!


Aku berdosa. Kalian juga berdosa, kerana yang terhindar dosa itu cuma kekasih yang Maha Pencipta. Cuma yang membezakan, banyak mana dosamu berbanding yang lain. Dan ada politikus yang mendabik dada, katanya "Kau lebih banyak dosa daripada aku, maka apa perlunya aku mengikut kata-katamu!". Ah dia terlupa, rupanya tuhan pencipta Dosa dan Pahala maha pengampun. Bukan dilihatnya banyak mana dosa dilakukan. namun dilihatnya banyak mana taubat dilafazkan. Ah, yakinkah kau yang baik selamanya akan baik?.. dan jahat akan selamanya jadi jahat?.. Moga yang baik akan kekal baik dan jahat mampu berubah menjadi baik.. Prinsipnya, kita sama disisiNya!... Siapa yang tahan diuji, maka dia berjaya, dan hasil ujian adalah ketaqwaan.. Jangan sampai dengan kuasa kau tersungkur!!!

Thursday, November 5, 2009

Apabila Bloggers Pas Sudah Pandai Ber'munafiq'kan Sesama Sendiri



Sedih aku baca beberapa lelaman blog hari ini. Aku sudah menjangka perkara ini berlaku dan sepatutnya aku bersedia awal. Namun, aku tewas juga dan terus-terusan berasa sedih. Beberapa perkara yang melanda jemaah muktahir ini, benar-benar suatu proses yang mematangkan diriku sendiri. Aku mula berkenal-kenalan dengan banyak ragam dalam sebuah jemaah yang membawa nama Islam dan perjuangannya di pundak masing-masing.

Sebenarnya bab bloggers PRpun tak habis bincang panjang lagi. Tup-tup hal sesama sendiri pula yang meletup. Baca <sini> kemudian aku selak-selak pula <di sini> dan akhir sekali aku teringat untuk pergi <ke sini>. Mudah-mudahan Allah meredhai orang-orang yang benar. Ops terlupa, adakah yang < kat sini> akan kembali membalas?. Maka akan berperanglah golongan-golongan yang ditipu Syaitan!

Marilah kita berdoa semoga episod ini akan berakhir bagai berlalunya semusim kemarau yang panjang. Dan bila tiba saat itu, diharapkan PAS dan PR akan terus subur adanya, juga kembali berbuah!

p/s: akupun sedikit berada dalam fasa keliru, berkaitan TKO... entahlah, perasaan anneh bila menyerangku, pasti ada alamat yang kurang baik. Tidak bagus untuk percaya hal-hal begitu... namun, benarkah ia mematangkan?... atau bakal pula menghancurkan diriku kelak?... ah, aku sang moderator?... untuk hebahan... TKO sudah kembali beroperasi!

Tuesday, November 3, 2009

Prayer For Pas Reform


Menadah kelangit...

Wahai tuhan...

Berilah kami ilham,

Untuk terus mensyukuri nikmatMu,
Yang telah Kau anugerahkan pada kami,

Dan juga kepada kedua ibu bapa kami,
Dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai,

Dan masukkanlah kami dengan rahmatMu,

Ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.



Oh Tuhan...

Sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri,

Kerana itu ampunilah kami,

Dan andainya Engkau tidak ampuni kesalahan kami,

Dan tidak Engkau kasihani kami,

Nescaya kami akan menjadi orang-orang yang rugi.


Oh Tuhanku...

Lapangkanlah dada kami,
Mudahkanlah untuk kami urusan kami,

Arahkanlah kekakuan lidah kami,

Dan mengertikanlah mereka akan perkatan kami.



Ya Tuhan...

Jadikanlah kami dan keturunan kami,
Orang yang tetap menegakkan solat,


Ya Raabbanaa,

Ampunkanlah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami,

Juga dosa-dosa sekalian orang mukmin,
Pada hari terlaksananya hisap nanti.



Wahai Pemilik Sekalian Alam...

Kami berdoa dengan sangat ke arah perubahan PAS,

Kami berdoa dengan sangat ke arah perubahan PAS,

Kami berdoa dengan sangat ke arah perubahan PAS,
Menjadi suatu Jamaah yang sentiasa di dalam RedhaMu.



Tidak ada Tuhan selain Engkau,
Maha suci Engkau Ya Allah,
Berilah manfaat kepada kami,
Dan janganlah jadikannya musibah kepada kami,


Ya Rabb,

Perkenankanlah doa kami,

Perkenankanlah doa kami,
Perkenankanlah doa kami,

Amin...

Sunday, November 1, 2009

Kaum Muda Dahulu Sudah Menjadi Kaum Tua Kini?


Aku selalu membaca beberapa blog yang penulisnya aku iktiraf agamawan... x kisah la apa orentasi pemikiran depa, tapi yang pasti, keilmuan depa dalam hal agama memang boleh diakui...dan bagi aku, ada sesuatu yang baru aku akan jumpa... benar, aku suka itu... apatah lagi aku memang jenis yang degil... bila dapat maklumat, aku akan check sehingga aku puas hati...antara agamawan yang aku maksudkan adalah Ustadz Zaharuddin, Dr Maza, Saiful Islam dan sebagainya... dan hari ini, aku akan dapatkan sebuah buku... yang tak akan terlepaskan!... huhu... semuanya gara2 <disini> dan seingat aku, aku pernah pula menulis <disini>... maka sahaja merasa sedikit seronok kerana pandanganku kini seakan-akan sama dengan seorang agamawan, cuma situasi mungkin berbeza...

Namun, ada yang menegur aku kerana orang-orang ini bagi sipenegur, umpama Kaum Muda... pada zaman krisis dengan Kaum Tua seperti yang kita belajar dalam buku sejarah sekolah menengah. Senang cerita, golongan yang sangat bersemangat, dan mengambil keputusan juga atas semangatnya mereka... bukan atas faktor keilmuan... entahlah... aku sendiri, lebih bertindak untuk setuju, dengan apa yang aku fikir betul... dalam konteks tidak menyalahi Quran dan Sunnah.... malah, Dr Maza umpamanya, banyak juga pandangan beliau yang aku tolak, kerana sepemikiranku... hujahnya lemah sekali... ambil contoh tahlil... Qunut dan sebagainya...

Akhirnya, ini sebenarnya yang membuatkan aku melonjak2 untuk membuat satu entry baru... kata2 Prof Hamka... hayatilah... rupa2nya berpuluh tahun dulu.. sudah ada orang yang berfikir sebagaimana yang ada dalam kepala otak aku sekarang... cuma aku, bukan siapa2 yang jika aku zahirkanpun pandanganku... pasti digelakkan orang... Layan!!

“Kedua, kata orang kami tidak menghormati ulama. Sebab mereka pun telah memasukkan pula sebuah lagi tiang baru ke dalam Islam, iaitu wajib menghormati ulama. Wajib taklid kepada ulama! Wajib taat kepada guru. Hal ini saya huraikan dengan saksama, kaum muda amat hormat kepada: ulama. Kaum-muda insaf bahawa pengetahuan yang kita dapat sekarang ini, manakan sampaikan ke tangan kita kalau bukan lantaran ulama. Kami sangat patuh kepada ulama ikutan kita keempat-empatnya: Imam Malik, Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal. Demikian cinta hormati kami kepada beliau-beliau sehingga kalau ada ulama yang menjadi pengawal di luar yang mencuba-cuba menghalangi kami buat bertemu dengan pendapat-pendapat beliau-beliau, kami sirwak (memalukan) apa ulama lain itu, dan kami berkata kepinggirlah engkau! Kami hendak bertemu dengan beliau!…keempat-empatnya (imam empat) menyuruh kami meneruskan perjalanan ke atas, ke hulu agama: kepada al-Kitab dan as-sunnah dan keterangan-keterangan yang diberikan oleh orang yang terdekat kepadanya, iaitu sahabat-sahabat Rasulullah. Padahal tatkala kami masih di muara-muara, banyak benar yang menghalangi. Datang syeikh fulan dan sudah jauh di bawah mutaakhirin (kebelakang), bahkan mutaakhiril mutaakhirin (kebelakang dari yang belakang) melarang keras! Jangan pergi ke hulu. Jangan! Haram! Padahal kami tidak mahu dihalang-halangi lagi. Maka dituduhlah kami sesat, siapa kita yang sesat?

p/s: berat sangat rasanya tuduhan ke atas MAZA tu... kalaupun tidak setuju.. berpada2lah di dalam beralasan. Aku cenderung mengatakan itu fitnah... walaupun banyak juga pointnya betul... entahlah... soalnya sekarang... ilmu sendiri yang cetek!!... huhu... tapikan... perasan tak... Kaum Muda Dahulu Sudah Menjadi Kaum Tua Kini!!!

Friday, October 30, 2009

Politik Bloggers

Masa kat Bagan Pinang, aku ada melawak ngan Wak AlBanjari kata nak tulis hal politik bloggers... Waktu tu, wak gelak2 je respon ala-ala miang-miang keladi... mahu tapi malu.. sebab memang ada kes satu dua pimpinan bloggers yang bawak masalah ( ayat ala2 TGNA... wakaka... masih hikmah nie beb!!)... lebih sadis waktu tu ada pulak yang bukan bloggers pergi jaja nama bloggers kehulu kehilir... wakaka... ramai kata perangai mcm cicak.. entahlah... x tau mana perkaitan 'dia' itu dengan cicak... tapi pelik sampai sekarang aku belum nampak wak, cenangau, sya, anaz, cyberboron, topeng, ummi atau mana-mana bolggers tulis perihal cicak nie... jangan esok2 dapat makan telur cicak ngan minum air kencing cicak lagi sudah... huahua

Hari nie, aku nak realisasikan lawak aku tu ke dunia maya... peduli apa aku wak nak marah... wakaka... btw, diapun termasuk salah seorang pemain dalam politik bloggers nie... kan ke dia bloggers 'tutttt'... wakaka.... cenangau pasti tau... tapi 'tuttt' tu x bawa makna negatif la.. cuma agak moden skit... huahua... kene dengan gaya hidup masa kini... malah, akupun akan sama 'tutt' ngan wak kalau aku berada dalam posisi selesa... wakaka... saja tinggalkan pembaca dengan tafsiran 'tutt' sendiri... dan untuk wak, sila ingat kembali saat makan2 bawah pejabat adil... dengan team Warta Bagan... ala, dengan budak Pakaq tu... amacam, ingat??...huhuhu... ala malam lepas kita g jumpa dr dzul, ustadz deris n Yb salahuddin tu... yang gambar wak kene snap ngan siput babi... x kan x ingat lagi!!... wakaka

Aku kat Bagan Pinang x lama, just seminggu... dalam 8 hari kot... tupun sebab aku ikut wak balik sejekap hari isnin... tapi hari rabu, subuh2 hari wak dah calling2 kata nak gerak bagan pinang... perghh semangat betul dia... nasib baik dia drive sepanjang jalan... sempat gak la aku membuta ngan amannya... hehe... walaupun sepanjang jalan tu entah bape kali berhenti tepi jalan... dan sesat-sesat sikit... ala, biasalah pergi tempat orang x kanlah nak tau jalan macam kat kampung sendiri... eh, lupa pulak nak bagi kredit kat abang deris bagan utama... dia la yang ambil aku masa mula2 sampai... lepas aduka just drop aku kat bus stand PD... hehe... tapi lepas dia belanja aku sarapan la... n dia kene segera g KL.. urusan perkahwinan dia katanya... entahlah aku x pasti... tapi hal keluarga la.... dan aku kan jenis nekad... bak kata aduka.. tunggu punya tunggu, abang deris yang datang jemput... tq2 (setelah aku call dan pasti wak n da geng sedang tido nyenyak)

Ok, cukup bab aku... kita fokus pada bloggers otai... huhu... bukan nak kritik.. just nak cerita bab politik yang diamalkan... huahua... kat sana ada 2 team yang besar boleh kata team MSK dan Team Wak la kot atau uncle zorro ada team sendri??... aku x pasti... namun yang pasti sepatutnya boleh lagi besar... tapi just sebab simple mistake... yang ntah apa2... semua bloggers otai terlibat telah tertipu.... ahaks... membuktikan merekapun manusia biasa... tapi yang x tahan, ditipu oleh orang yang sama lak tu.. wakaka... setelah ditipu beberapa kali... kesianpun ada... tapi bila pikir-pikir balik... sebenarnya ia satu lawak tahap antarabangsa... huhu... atau kenangan terindah mungkin... atau apa-apalah.. cuma moralnya... jangan sampai kalian ditipu sekali lagi lepas-lepas nie... aku tulis kalian bukan kita sebab... siapalah aku... huhu... rasa paling x membantu... dah la dtg tangan kosong... tetiba nak ngaku bloggers... sebab tu aku terkedu bila meeting n dr dzul tanya... n U dari blog mana??... wakaka... x kan aku nak jawab Bukan Budak Dunia??... haha.. lawak2... tapi aku pun admin bagan utama gak... hehe

Waktu di sana baru aku nampak bagaimana cara bloggers bekerja... aku terpaksa angkat tangan respeks pada diorang... mungkin aku x dapat nak name sorang2 but sekurang2nya beberapa orang sangat mengesankan aku. Kalau kat bukit Gantang, aku bertugas dengan pemuda Parit Buntar. So, just handle ceramah kelompok n pergi jemput penceramah kat markaz induk air kuning, kene halau biasa. So, kerjanya sekitar markaz tempat aku bertugas ngan markaz induk serta tapak ceramah... ada la aku handle audio yang cikgu azli suh jaga... But kat bagan pinang... ala2 kene handle dari hujung ke hujung Bagan Pinang. Cari news... dan paling cekap bab nie.. dan paling aku respeks adalah sya reformis n anaz... perghh... aku rasa kerja depa paling superb... bukan memuji lebih2... btw aku x kan dapat apa-apapun... kenalpun baru la tu.. sebelum nie just kenal2 di alam maya je... bayangkan... sampai jam 3 pagi... masih terkejar2 cari news.. snap gambar sana-sini... wa caya sama u'all beb!!... dan jam 7 pagi ada pulak prog dengan srikandi... mak ai... ketua srikandi malaysia tu!... dan anaz lak... secepat kilat,... time makan2 lepas cover newspun dia keje lagi.. upload video... tu video yang kontrovesi dia la yang upload... hehe... nak buat mcm mana.. dia dapat sumber mcm tu.. broga ooo broga!!

Sorang lagi adalah Ustadz Cyberboron... entah kenapa aku nampak cool semacam je ustadz nie... dah la bawak pendamping kehulu kehilir... but seriusly cool... buat keje tengah2 malam buta.. jam 3,4 pagi time dia duk seronok menulis... ish, kalau aku time2 tu seronok gak menulis... but jenis yang merapu2 tahap layan aduka je... but ustadz nie boleh tulis berat2 waktu-waktu mcm tu... esok tau2 dah masuk jadi berita utama... rujukan beberapa laman pulak.. aiseh... respeks gile la ustadz... kene nuntut ngan orang2 lama gini... sebab gaya bahasapun ala-ala pejuang sastera beb... sedap dan lunak je baca.. lancar x de sekat2 mcm aku nulis... tertelan air liur nak pahamkan satu2 point... wakaka... tapi ada aku kisah??

Dan akhir sekali, Uncle Zorro... perghh org tua nie memang tahap atok2 super hero la... bayangkan dalam semua prog utama... boleh nampak dia nie buat keje... relex je ngan cerut paip dia... masa makan satey ngan calonpun dia lepak2 je... duduk atas batu gitu je... huahua... but tau2 keluar artikel yang memang nampaklah dia punya pemerhatian yang tajam... tua tu beb uncle nie... tapi tu la.. demi melihat malaysia yang jauh lebih baik... dia gagahkan jugak buat keje-keje tu... sekali la ngan anak dia si topeng... paling power bab amek gambar amoi comei... pastu gelabah gambar hilang dalam lat top... wakaka... seb baik ada bro anaz yang superb... wakaka...

Ok, aku rasa itu ja yang aku nak tulis.. hehe... bukan politik sangatpun.. sat lagi kalau aku tulis betul2 punya politik bloggers... terkejut lak korang... aku memang cri timing lepas semuanya reda bab bagan pinang, baru aku nak tulis... just nak abadikan kenangan bahawa benda nie pernah terjadi... makan2 jam 2,3 pagi... perghh x boleh lupa layan paling power dari ladang punya steam boat/food kat tepi pantai PD... huahua akan ku kenang sepanjang hayat!... thanks bro anaz... juga kedai makan bawah pejabat adil... thanks sapa2 belanja... markaz IT/bloggers yang ada just tilam nipis dan bantal serta kipas beli sendiri... haha... juga kak yang bayarkan harga duit hotel 2 malam terakhir... juga belanja makan ala2 harga 2,3 ratus... huahua... banyak gile!!... juga buat wak... yang kehulu kehilir layan peminat dia serata bagan pinang... sempat lagi layan aku dengan sangat baik... sori wak kalau ada apa2 buat x sedap hati ka.. lambat bangun ka... huahua.. cenangau dari team IT/bloggers... aku kenal lama dah, 4 tahun kot... so, x banyak aku nak komen dia nie... tau dah cara dia kerja... huhu... memang boleh jadi lone ranger paling berjaya... ummi yang juga superb... eh jangan lupa kalau boleh dapatkan ek ummi gambar den tengah makan2 tu... ummi ni, dia la duk berdua perempuan masa tragedi malaun malam2 buta duk memekak bawak motor bawah umur budak2 BN tu siap tetak2 pedang samurai lagi .. seb baik x dak apa2.. nak jadi cerita kereta bro anaz lak buat hal... hehe...x pe just another sumber berita beb... topeng n teamnya... uncle zorro.. MSK.. dan semuanya... U'all cool beb!!...

Akhirnya, cuma satu la.. aku nak cadangkan supaya bloggers adakan satu seminar politik... cara2 komunikasi berkesan antara bloggers.. sebab akhir2 nie aku nengok.. mcm dah x berapa ada kesatuan dalam penulisan antara bloggers... wak nyaris2 kene pancung just sebab video yang aku rasa x pernah ada kat tangan wakpun... ajijoi lak ngan MSK duk tarik2 rambut atas perkara2 yang kalau jumpa.. salam... say sorry... aku rasa settle.. but dipanjang2kan dalam blog... 2-2 betul.. dan 2-2 salah... tapi kalau kita dapat adakan seminar tu.. memang sangat cantik la.. bukan untuk pilihan raya kecil.. tapi untuk PRU 13 nanti... masa tu cabaran lagi hebat... pimpinan kita nengok mcm gelong dah... kita nie janganlah sampai bertekak sesama kita pulak... buang jauh2 yang keruh tu.. ambil yang jernih.. jangan ada dengki atau iri hati... sama-sama nak nengok malaysia yang jauh lebih baik.. elakkan label melabel... kita Bloggers PR... bukan bloggers PAS bukan Bloggers PKR.. atau bloggers DAP... kita bloggers PR!!...

p/s: sebenarnya aku ada tulis panjang gile postmoterm Bagan Pinang dari kaca mata aku.... tapi since rasa mcm x sesuai lak nak publish ... entahlah... aku rasa banyak sangat punca n pincang.. kalau aku publishpun x kan ada pimpinan yang baca... so, aku akan just email pada pejabat Agung PAS... harap2 ada la yang sudi baca... ala2 rahsia parti la nie.. hauhua
Related Posts with Thumbnails