Saturday, February 13, 2010

Anugerah


ANUGERAH

( Dedikasi buat Tengku Muhammad Al-Fateh Bin Tengku Khairuzzaman )

2008,
Kudrat seakan menghaus,
Tatkala hati tidak lagi mampu,
Menepis fitnah hidup,
Dari secebis jiwa,
Menuju ke jiwa yang lain,
Maka hanya ada satu takdir,
Kunikahi dia dengan mahar keimanan.

2009,
Hidup terkadang zalim,
Merancang sesuatu yang terancang,
Begitu mudah dilancarkan pena,
Menari-nari atas sebuah tinta,
Kisah suatu perjalanan,
Yang tidak semudah disangka,
Asam garamnya bukan sekadar
masam dan masin,
Terkadang pahit dan kelat,
Jauh mendahului manis bak madu.

2010,
Anugerah,
Hadirmu tatkala hidup mesti diteruskan,
Menjadi sumber keazaman,
Untuk melangkah dengan gagah,
Merempuh dinding-dinding halangan,
Bagi kita sama-sama menuju,
Kepada Yang Maha Pencipta.

Aiman Al-Amin,
Pontian, Johor
3.50 a.m
21/01/2010

p/s: lama dah aku tulis puisi nie.. 3 hari lepas baby comei nie lahir... cadang nak hantar ke surat khabar.. lupa nak send.. hehe.. selak2 semula, jumpa lak.. so, publish jek la.. huhu

Monday, February 8, 2010

Doa Untuk Kemenangan Ir Nizar


Ya Allah, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia

Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya

Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya Allah, perbaiki hubungan antara kami

Rukunkan atara hati kami

Tunjuki kami jalan keselamatan

Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang

Jadikan kumpulkan kami jama’ah orang muda yang menghormati orang tua

Dan jama’ah orang tua yang menyayangi orang muda

Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama hamba beriman

Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya Allah, wahai yang memudahkan segala yang sukar

Wahai yang menyambung segala yang patah

Wahai yang menemani semua yang bersendirian

Wahai pengaman segala yang takut

Wahai pengkuat segala yang lemah

Mudah bagimu memudahkan segala yang susah

Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran

Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak

Engkau Maha Tahu dan Melihatnya

Ya Allah, kami takut kepada-Mu

Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu

Jaga kami dengan mata-Mu yang tiada tidur

Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus

Kasihi kami dengan kuadrat kuasa-Mu atas kami

Jangan binasakan kami, kerana Engkaulah harapan kami

Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami

Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara

Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami

Ya Allah, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan yang

Ada pada-Mu kerana kejahatan pada diri kami

Ya Allah, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami

Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal usaha kami sendiri

Ya Allah, jadikan kami kebanggaan hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW di padang masyhar nanti

Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu

Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab

Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai nabi yang menangis dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati, ummatku, ummatku

Pemimpin bagi para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi perjuangan

Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera

Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan kekayaan.

Berikanlah kemenangan kepada pemimpin kami Ir Haji Nizar!!

Berikanlah kemenangan kepada pemimpin kami Ir Haji Nizar!

Berikanlah kemenangan kepada pemimpin kami Ir Haji Nizar...

Hanya kepada-Mu tempat kami bermohon.

Maka perkenankahlah Ya Allah...

Amin

( diambil dri sini )

Ribathul Ukhuwwah



Alamak hai.. letihnya kepala otak... huhu... lagu nie memang bg semangat... rupa2nya elemen nie sangatlah kurang dalam jiwa2 kita... sebab tu politik memeningkan... di semua peringkat boleh jumpa politik... namun tidak ukhuwwah... arghhh... semunyikkkk!!... mula rindu dengan anak2 usrah... erkkk... maaf dr, saya x datang hari nie.. pindah rumah... huhu... nak msg@ call x dak kedit... sok saya dtg mintak maap... tq2

Thursday, February 4, 2010

Politik Senak Perut... Derma Untuk Aduka (Ada yang kata Tidak Relevan!!)


Malaysia memang cukup bertuah.. sebab didalamnya dihuni atau didiami oleh ramai manusia yang sangat berbaik sangka... maka sahaja bab2 politik yang kadang2 begitu lucu.. mampu juga dihadam dengan baik... terkadang bukan sekadar menjadi bualan menghabiskan masa d kedai2 kopi.. jauh lebih itu turut terkene tempiasnya oleh golongan cendekiawan bertaraf profesor...

Mcm mana skeksa DSAI dengan kes liwatnya boleh berulang 2 kali dan malaysia mampu menerimanya... adoila... dtgkanlah apa hujah sekalipun... pasti hati kecil setiap daripada manusia yang berakal akan menyangkal kegiatan bodoh itu dilakukan oleh DSAI... apatah lagi terhadap seorang anak muda yang sihat tubuh badan... tidak pula terdapat kesan pergelutan atas ketidak relaan... huhu.... namun atas menghormati mahkamah dan atas tidak tahunya aku.. maka kita lihatlah keputusannya nanti.. moga kebenaran mendapat tempatnya...

Begitu juga kes jet hilang yang mana diperkambeng hitamkan keatas seorang sarjan yang entah apa salah dan dosenya.. huhu... rupanya makin tidak selamat Malaysia apatah lagi dengan engin sebesar dan seberat itu, mampu pula dicuri orang... ah, aku tidak tahu kebenarannya... namun, tanyalah pada manusia2 yang mampu berfikir.. tidakkah terdapat cacat disitu??...

Aduka taruna sahabatku.. kesian beliau.. rasanya kes ini terlalu mendapat perhatian sehingga menenggelamkan kes sebenarnya.. apatah lagi Aduka itu bukanlah siapa2 melainkan seorang anak muda yang baru kahwen sekitar sebulan dan lantang pula penulisannya... adakah dengan alasan itu maka dia diperlakukan begitu??... ah, aku gagal mentafsir apakah yang diharapkan terhadap aduka itu setelah ketelanjurannya menulis sesuatu yg tidak difahami dan tidak juga diterima majoriti manusia normal lain... adatnya silap.. maka mohon maaf.. setelah itu apa??.. mau diapakan dia??... ah, sekadar anak ikan kecil yang apabila masuk politik didalamnya.. maka kedua pihak cuba mendapat untung.. pihak yang mana??... huahua

Entah mahu ketawa atau apa.. namun, setiap reaksi terhadap dunia politik membuat aku senak perut... Dan benar.. senak smpai ke usus!!
Related Posts with Thumbnails