Wednesday, November 18, 2009

Visionary Philosopher


Your IQ Score is: 142

Your mind's strengths allow you to think ahead of the game — to imagine or anticipate what should come next in just about any situation. Because you're equally skilled in the numerical and verbal universes of the brain, you can draw from multiple sources of information to come up with great ideas. The timelessness of your vision and the balance between your various skills are what make you a Visionary Philosopher.

In addition to your strengths in math and linguistics, you have a knack for matching and anticipating patterns. These skills and your uncanny ability to detect the underlying blueprint of most of life's situations add to your Visionary Philosopher mind. Two philosophers who share the same combination of skills you possess are Plato and Benedict Spinoza. Spinoza had insight into how things worked in the world. He could envision a future based on the patterns he saw in life, and used mathematical logic as a structure within which to present his philosophical arguments. With that base he was able to use logic to formulate his theories. Borrowing from his linguistic strengths he wrote eloquent texts and, therefore, was able to bring his philosophical ideas and structure to the rest of the world. His story exemplifies the talents that are present in the Visionary Philosopher intellectual type.

Whatever you decide to do in life, you've got a powerful mix of skills and insight that can be applied in a wide variety of ways. You can expand your mind to understand a situation. Your strong balance of math and verbal skills will help you explain things to others. For example, if you were on an archaeological dig and discovered an object, you could probably use your deductive powers to figure out not only what the object was but also how it was used. Given your ability to put things together, you are more than capable of inventing a life plan that is in synch with your perspective on how things were, how they are, and how they might be one day.

p/s: belagak2.. wakaka... bosan2 petang hari... hehe jom ambil test... < di sini >

Aku Tak Faham


Entah... serius aku x paham... sebenarnya macam mana sesuatu kes berjalan kat mahkamah... ish2... bila aku baca < di sini >, aku garu kepala... apa perlunya SPR pulak yang buat rayuan?... erk bukankah tugas spr just handle Pilihan Raya bila dah terbukti ada kekosongan... yang nie siap arahan mahkamah lagi... so, kalaupun nak minta tangguh penguatkuasaan atas alasan rayuan... rasanya pihak YB kene tendang la yang patut buat minta mahkamah tangguh penguatkuasaan supaya SPR jangan umumkan apa-apa lagi dalam erti kata bila PRK dan sebagainya... huhu... pehal lak SPR kene mohon sendri??... ish2 kalau yepun SPR tu komponen UMNO BN... x yah la buat aku pening gini... skang aku dah x paham... ha sapa susah?... ish2!!..

Monday, November 16, 2009

Kosong??


Habis sangka baik dalam kepala otak aku menyatakan bahawa badan kehakiman cuba mendapatkan kembali keyakinan rakyat dan keyakinan Pakatan Rakyat khasnya.. tapi entah, naluri pembunuh aku menyatakan ada sesuatu yang x kene... x tau la apa yang x kene tu... tapi bila aku baca < di sini > dan kemudiannya < di sini >, otomatik otak aku secara semula jadi disetkan bahawa ada agenda x baik sedang berlansung. Ish, aku pikir lebih sangat kot... huhu... so, ngundi lagi la kita yop?

Sunday, November 15, 2009

Kambing Hitam


Aku x tahu kenapa kambing hitam akan bagi satu persepsi buruk kat rakyat malaysia. Mungkin natijah daripada pemahaman guru2 dahulu bahawa kambing hitam menggambarkan suatu yang negatif.

Dan sekarang Khalid Samad kambing hitam?..Maka siapa kambing putih??



Tapi aku pelik... bukan 2-2 kambing ka??... nape nak beza-bezakan warna??... hauhua

Friday, November 13, 2009

Lepas tanpa Bebas

Lawak aku dengar istilah nie... haha.. lepas tanpa bebas... entah kenapa pelik2 je istilah undang2 nie.. manusia mencipta pelbagai istilah yang kemudiannya manusia sendiri tak mampu mentafsirkan.

"Penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin Rabu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau."

Ahaks... nampak x kan mana lawaknya... dilepaskan tanpa bebas sebab polis belum dapat mengesan kat mana Raja Petra??... wakaka... rupa-rupanya waran tangkappun duk ada lagi kat tangan polis... lepas tu ada hati nak masuk mahkamah... Raja Petra boleh je claim x tahu... coz waran tangkap x de kat dia... wakaka...

Tup2 blog Raja Petra di updated....

Wednesday, November 11, 2009

Pejuang PAS- Sesekali Di Uji

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa.

Himpunan Bicara Politik/Tarbiyah


Politik tidak statik, tetapi pemikiran politikus selalu terlihat rigid. Dia dengan pendapatnya, seolah-olah pendapat yang lain total salah. Baginya "aku hebat, dan hebat cuma satu, dan itu aku!".Apa yang 'aku' fikir mesti ku sampaikan pada yang lain supaya dapat kupaksa mereka menerima ia sebagai kesatuan fikir. Jika tidak, akan 'ku'tentang mereka kerana mereka pasti salah!. Berbeza pandangan itu perpecahan?...ah, sedang hakikatnya ia adalah rahmat. Bukankah yang terbaik bakal terjelma?, dari himpunan ribuan pendapat!!. Kalaulah dapat saling memahami dan menghormati...



Tarbiyah itu begitu membebankan. Kerana disempitkan ertinya yang luas. Hidupnya dalam kepura-puraan. Atau dibilang sarkastik?. Bicaranya soal jemaah tapi lakunya nak hidup seorang. "Aku sudah menyumbang banyak dan apa sumbangan kamu?" soalan yang memperkecil-kecilkan tatkala hujah tidak mampu dibalas hujah. Ah, lalu bagaimana di dunia ingin hebat sedang akhirat ditinggal-tinggalkan. Hubungan dengan tuhan seakan terjaga tetapi sesama insan terpencil tergelincir. Bukankah lebih baik berbalah untuk kebaikan ummah daripada baik sekadar pada diri sendiri?


Politik sering disalah erti. Sering dikatakan ia kotor. Sedang politik adalah seni, yang sangat halus dan pastinya suci. Namun kotornya adalah pada pemainnya yang hina. Tidak sanggup dicemuh, lalu apa ertinya kau berada dimedan cemuhan??. Adakah dalam hidup semestinya benci dibalas benci?. Atau mungkin boleh difikirkan bagaimana dari benci menjadi cinta. Apabila dakwah terkait terus pada Allah, dan tidak bakal terkesan dengan makhluk. Ah, bilakah kemanisan itu bakal melekat dalam diriku?. Adakah dengan mengasingkan politik dari agama?. Bicara apa kau!!


Pernahkah kau menerima tarbiyah terus dari Allah. Apabila sakit masih mampu tersenyum simpul, kerana tahu ujian apakah bakal kau harungi. Namun sayang tidak begitu kita ini. Bila sakit sangat mudah merintih, mendayu-dayu memohon ampun pada Pemilik Cinta. Hakikatnya kita lupa, kifarah juga terkadang bukan sekadar salah pada Rabb, juga hubungan dengan manusia, atau mungkin dengan binatang juga tumbuhan?. Lupa adalah tandanya kita hamba. Dan ahli politik paling kuat pelupa?. Sekurang-kurangnya pada janji sendiri!!


Zaman itu berubah, kerana masa tetap pasti kan berubah. Sehingga ia tidak lagi dinamakan masa, pada hari perubahan yang hanya diketahui oleh Dia. Politik juga berubah, kerana pemainnya sering diubah-ubah, sesuai dengan perubahan zaman. Lalu, apa yang begitu kau harapkan?. Punya keabadian dan mengabaikan sisi-sisi perubahan yang sering berubah??. Ah, tinggalkanlah pengharapan pada makhluk. Mana keterbegantungan kau pada Tuhan yang memiliki setiap satu unsur perubahan. Cubalah berubah untuk sama-sama menghayati dan mengikuti perubahan itu. Ah, namakan sahaja perubahan demi kebaikan. Hijrah!!


Aku berdosa. Kalian juga berdosa, kerana yang terhindar dosa itu cuma kekasih yang Maha Pencipta. Cuma yang membezakan, banyak mana dosamu berbanding yang lain. Dan ada politikus yang mendabik dada, katanya "Kau lebih banyak dosa daripada aku, maka apa perlunya aku mengikut kata-katamu!". Ah dia terlupa, rupanya tuhan pencipta Dosa dan Pahala maha pengampun. Bukan dilihatnya banyak mana dosa dilakukan. namun dilihatnya banyak mana taubat dilafazkan. Ah, yakinkah kau yang baik selamanya akan baik?.. dan jahat akan selamanya jadi jahat?.. Moga yang baik akan kekal baik dan jahat mampu berubah menjadi baik.. Prinsipnya, kita sama disisiNya!... Siapa yang tahan diuji, maka dia berjaya, dan hasil ujian adalah ketaqwaan.. Jangan sampai dengan kuasa kau tersungkur!!!
Related Posts with Thumbnails