Tuesday, September 29, 2009

Bandar Tentera Darat.. huahua

Kalau Lumut diketahui umum sebagai Bandar Tentera Laut... kini PD pula dinaik taraf menjadi Bandar Tentera Darat... huahua... begitu terdesakkah sehingga undi tenterapun sudah tidak solid kepada UBN??... erm kita saksikan gula2 apa yang bakal disajikan lagi nanti... btw... Isa Samad calon UMNO.. erm mungkin diakui Bagan Pinang akan dimenangi... namun, imej nasional pasti sangat buruk... sangat bahaya politik UMNO kini... hehe... x tahan dah la tu kene pukulan 7-1.. huahua

p/s: x sabar nak tunggu calon PAS siapa... Bagan Pinang, Here I Come!!

Wednesday, September 16, 2009

Politik dan Raya.. erm Raya dululah... lol



1. Erm banyak gile isu sekarang nie... politik memang satu gerakan yang tidak statik.. hari2 ada benda baru.. menarik namun kadang2 bosan... hehe.. Aku bercadang nak lawat gak negeri aduka tu barang 2 hari ke tiga hari... tapi skang Raya dululah... huahua... namun, aku bagi full support pada <sini> ... nak join tapi rasa kerdil lak... nyamuk je la katakan.. ahaks...

2. Suami Kak Laila akhirnya dibebaskan dari tahanan tanpa bicara ISA setelah 7 tahun dinafikan haknya... moga2 Aidilfitri kali ini lebih ceria buat kak laila sekeluarga... baca <sini>... namun, akta zalim ini masih perlu dihapuskan.. difahamkan masih ada 9 org dalam tahanan.. mahu diapakan mereka itu??

3. Hari nie aku balik johor... Gile apa hari Raya x nak bersama keluarga tercinta.. apa nak jadi anak derhaka ka?... huhu.. wah.. x sabar rasanya nak jumpa my ummi n abah... kuikui... best2 balik johor... boleh abaikan banyak benda ngarut2 kat belah2 utara nie.. hehe

4. Jadi, dikesempatan yang sikit nie... aku nak ucap benda nie ja ..."Ramadhan x mampu mengubah aku menjadi lebih baik... maaf semua.. selamat hari raya.. maaf zahir batin... moga Aidilfitri kali ini bakal memberi seribu kenangan terindah... jaga amal.. jaga kesihatan... moga Allah bersama2 dengan anak2 akhirat.. melihat dunia dari jendela akhirat!... salam'alaik"... n


Monday, September 14, 2009

Cool- Lagu Raya



Cool... yup, hilang thiqah ka kalau layan lagu2 mcm nie??... erm ahli PAS komen skit.. kredit pada ferum yg kenalkan aku ngan lagu nie...

So, aku tujukan lagu nie kat ayahanda n bonda, family aku.. sahabat2.. anak2 usrah... guru2.. lec.. dan semua yang pernah kenal atau dah lupa... n juga kepada semua yg bakal menyambut Aidilfitri seminggu dri hari ini..

Thursday, September 10, 2009

PAS- Jihad Ekonomi


Bulan Ramadhan yang berkah nie... memang masing2 berlumba2 nak membuat amalan sehabis baik... bagus dan syabas... moga bertambah pahala dan redha Allah... aku dapat lihat itu... seakan pesta ibadah... kalau biasa2 satu safpun kantoi kalau masjid kat Parit Buntar nie.. but bulan nie... hampir 7 saf yang setiap satunya boleh memuatkan 60-70 jemaah satu saf... ah alangkan indahnya jika Roh Ramadhan masuk juga pada lain2 bulan...

Begitu juga dengan segala bentuk derma... tajaan berbuka... rumah anak2 yatim... ibu tunggal... warga miskin juga sehabis baik dibantu... ah, memang ramadhan satu bulan yang sungguh istimewa... dan sangat asyik mengetahui ahli2 PAS juga melakukan perkara yang dinyatakan diatas dengan penuh ikhlas... ah, beginilah tarbiyah yang disemai dalam jiwa setiap daripada ahli...

Namun, aku ingin melihat dari satu sudut yang lain... aku sangat pasti golongan pemikir PAS sudah lama memikirkan darihal yang cuba aku bawakan ini... benar, PAS juga ingin memberi peluang kepada ahlinya menambah amalan dengan membenarkan atau menggalakkan ahlinya membuat infa' untuk setiap tujuan yg memerlukan kewangan... sehingga ada wujud satu frasa.. PAS hidup atas ikhsan wang infa' ahli2nya... sampai bilakah perkara ini akan dibiarkan berterusan sedangkan PAS bersama pakatan mengaku bahawa kita adalah kerajaan dalam penantian...

Sudah sampai masanya PAS memberi fokus yang sedikit besar kepada jihad ekonomi... di sini aku menilai PAS gagal jika dibandingkan dengan lain2 bentuk jihad... jika kedai serbaneka seperti econsave umpamanya dapat diwujudkan oleh PAS disetiap kawasan, aku sangat pasti kewangan bukan lagi masalah utama... sepatutnya ia boleh dilaksanakan... cuma kesungguhan dan kerjasama ahli yang mewarnakan kejayaannya...

p/s: terkadang terkesan dengan al-Arqam di dalam pembangunan ekonomi... adakah kerana fokus kepada politik terlalu besr, maka banyak elemen lain dipandang sepi??... moga2 aku salah!

Monday, September 7, 2009

Jangan Sampai Wa Tempeleng Aduka Taruna

Bulan2 pose nie aku nak minimakan dose.. so, aku nak mintak maap awal2 kat budak duka nie.. wakaka... Tapi dalam masa yang sama wa nak warning lu aduka!

Rujuk sini <---->

SILA SEDIAKAN TEMPAT WA NAK MENGINAP PRK N9...

Menjelang PRK kat negeri lu nih, lu jangan jadi bangkai macam PAS negeri lain. Lu jadi bangkai, gua tempeleng muka lu. Gua kenal lu nih. Gua satu Malaysia dengan lu. Lu jer tak berapa kenal gua. Gua tempeleng dan claim gua ahli AKIM, apa lu nak buat?

Lu akan didatangi oleh blogger seluruh Malaysia. Jangan sombong kengkonon lu adalah blogger terbaik Nogori. Lu tunjuk gua blogger ahli PAS N9 yang berpengaruh. So, jangan sombong bodoh.

p/s: ayat2 yang digunakan tidak mencerminkan jati diri aku... sebab aku cilok ayat si duka ja... haha.. coz nak cari tempat menginap free... hauhua

Thursday, September 3, 2009

Tentera Merah Sang Lilin 2

Sebelum Isyak n Taraweh, aku nak sambung sikit penulisan yang terhenti semalam... ya ramai Melayu yang malas membaca.. ah, sebenarnya bukan melayu sahaja.. yang campur2 darah ada sikit2 darah bugis ke sabahan ke sarawakian pun ramai yang malas membaca.. so, kita terus pada Sang Lilin... aku x tulis panjang sangat.. moga lebih sampai pada tujuan...

Aku pasti ramai dalam otak bila pikir lilin akan Qiaskan dengan guru... ha, betul dah la tu... memang gurupun... tapi dalam konteks PAS, aku nak perincikan lagi guru nie kepada guru2 PASTI... ah, x sampai hati aku nak tulis... bayangkanlah, zaman sekarang ada lagi kerja yang gajinya hanya sekitar 300 ke 400 ringgit sebulan... dan yang pasti ia daripada kalangan pendidik yang bakal melahirkan pejuang2 Islam dan pejuang2 PAS kelak...

"Lepaklah bro.. kejepun empat jam je... kene la ngan gaji tu..." ces, itu jawapan bila aku utarakan kat sorang sahabat mengenai hal nie... dan saat tu gak aku luku pale dia biar jadi ingatan... apa ko ingat senang ke nak jaga budak umo 4,5 ngan 6 tahun nie??... tu belum campur bab nangis2 lagi... bab nakal tok sah cite la... dah namapun budak2... tapi serius susah bro.. aku jaga adik sedara aku sorang umo 4 tahun boleh susut berat badan 2 kilo beb.. tu jaga seminggu ja!... jaga sejaganya x de benda lain buat.. x de ngajar2... x de bagi makan segala... macam cikgu PASTI buat.

Kalau guru2 kemas, dengan kerja yang sama dan masa yang sama, gaji minimum depa dapat adalah 800++... dan kalau ada ijazah, maka gaji ikut ijazahlah... tapi keje depa kurang skit sebab x yah nak susah2 suh anak2 hafal bacaan2 utama dalam islam.. x yah hafal doa2 harian... kata org sekolah makan je... maka guru PASTI lak yang mana PASTi nie PAS begitu berbangga kerana merupakan produknya yang paling berjaya sekali di dalam menyediakan alternatif didikan awal.. ya, aku percaya itu, tapi layanan pada guru2 ini tidak setimpal dengan pengharapan yang diletakkan.

Ah tetap panjang, marah si nyle nanti... ok terus pada point last aku, aku nak bgtau sebenarnya bulan Ramadhan ini adalah bulan yang terbaik untuk melakukan kebajikan kepada ahli sendiri... maka, apalah salahnya PAS kawasan2 beri perhatian yang lebih serius sikit pada ahli sendiri yang sudah bertungkus lumus untuk perjuangan ini... nak Raya dah nie, aku faham keterbatasan yang ada terutama kekangan dari segi kewangan dan sebagainya... tapi bukanlah pula alasan untuk menidakkan kebajikan yang wajar dilakukan... jadi, apa lagi... penuhkanlah tabung PASTI untuk memberi duit persediaan aidilfitri kepada guru PASTI... amacam bro, ada berani??...

Wednesday, September 2, 2009

Tentera Merah Sang Lilin


x payah guna ayat sedap2... aku nak terus pada point aku... tentera merah aku rujuk pada unit amal... Sang lilin aku rujuk pada guru PASTI...

1. Unit amal... aku nak bagi satu tabik hormat pada seluruh anggota unit amal yang pada pemerhatian kasar aku peranan yang dimainkan setanding dengan peranan para pimpinan utama dalam PAS... setiap kali ceramah, pilihan raya kecil mahupun demo, unit amal dilihat berperanan dengan berkesan sekali di dalam memastikan kelansungan prog berjalan dengan lancar...

Ok, kita terus kepada apa yang ada di hati kecil aku iaitu mari kita berkenalan dengan ahli kepada unit amal... jangan la duk nengok yang atas2.. memang la ramai kaki2 bekas askar berjawatan dalam tu... nie kita nengok yg duk paling bawah... yang jadi pak pacak jaga lalu lintas setiap kali ceramah... yang duk depan setiap kali demo... ada dalam tu back ground mat rempit, bekas penangihpun aku biasa jumpa... budak2 yang maap cakap x abis sekolah ( kesian keluarga x mampu )...

Syukur, di Parit Buntar nie, golongan nie mendapat tempat di dewan pemuda untuk dibantu... sekurang2nya ada juga usaha ke arah tu walaupun sekadar sekampit dua beras 5 kilo... Ramadhan x disiakan dengan mengutamakan ahli2 pemuda sendiri .. satu usaha yang terpuji... namun, bagaimana dengan kawasan2 lain?...

Aku bercakap begini kerana dalam satu sesi penerangan gerak kerja, ada dinyatakan bahawa kita perlu membantu tidak kira dari apa parti sekalipun... ye benar, aku brsetuju dengan itu... jika layak, semuapun wajar dibantu... juga memberi keuntungan dari segi pulangan politik... aku juga bersetuju akan perkara itu... tapi, yang membuat aku jadi sedikit berfikir dengan dalam adalah, ayat yang ini " namun, jika boleh kita utamakan dahulu golongan atas pagar dan pihak musuh politik supaya mereka dapat melihat betapa kita benar2 bekerja kearah menjadi sebuah gagasan yang berkebajikan"...

Anda ada rasa pelik x dengan ayat yang aku quote tu?... entah la.. aku sedikit kurang setuju.. tidak kiralah siapapun yang bercakap begitu kerana aku berpandangan adalah wajib PAS membantu ahli2nya yang memerlukan dengan sangat terlebih dahulu sebelum mengorak langkah untuk mnuju kepada yang lain... ah, x usah pergi jauh, cari dalam unit amal... besepah jumpa mereka2 yang perlukan bantuan... dan aku merayu, bantulah mreka dengan keterbatasan yang kita ada... sekurang2nya raya tahun nie dan tahun mendatang mereka akan lebih bermakna... dan jauh lebih penting mreka akan lebih ikhlas dalam membantu PAS dan Islam...

Sang lilin nanti aku update esok... ngantuk yang amat... sekian

Tuesday, September 1, 2009

Muslimin vs Muslimat... Suatu Pandangan Khunsa?

Cikgu Azmi telefon dalam area jam 10.15 pagi tadi... ah, kebiasaannya KP Parit Buntar menelefon aku jika ada apa-apa program yang memerlukan sumbangan tenaga mahupun kehadiran daripada kami... waktu dia telefon tu, aku sedang asyik masyuk melayan blog baru.. ya, blog yang inilah... nak make up kasi cantik skit... apa ingat blog aduka ja boleh ada tema hitam putih mcm nie??... huhu dak nur tu jeles la tu.. huahua sampai aku lupa belum tido lagi sejak malam semalam... aiseh, mcm mana boleh lupa tido nie??... atau memang x mampu nak tido... haha.. siap la petang nanti terbongkang la aku sengsorang... pastu, x terasa tau2 dah nak berbuka...

Hehe, hari nie ada date ngan mior, buka kat luar... lama dah x dating ngan x roomate aku yang x ramai org paham nie... haha... but terima kasih la... jarang dia hampakan aku walaupun selalu je dia abaikan org lain... hehe... dan selain tu, aku nak g selamatkan budak JR @ anak usrah aku yang dah nak futur tu... aiseh, semalam siap kata demam lagi... manja gile... dah tu sorang lagi lak g masuk tandas pompuan... huahua... donia2... ok2 stop2, terbabas suda...

Rupa-rupanya Cikgu Azmi minta jadi wakil meeting pemuda untuk program sekitar sisa Ramadhan mendatang... dan hasilnya... ambik kau... ada 11 program sepanjang bulan Ramadhan nie sehingga jamuan raya nanti... huahua... nak x nak je la joinnya... tapi setiap program rasanya tidaklah berat mana... sekadar Qiamullail, Jamuan berbuka, Konvoi Lujnah Kebajikan untuk membantu warga susah sekitar kawasan dan Prog Raya Anak Perantau...

Ah, kelihatan biasa2 sahaja... dan kene pada tema Ramadhan yang berkah... namun, mungkin satu2nya kekangan adalah kewangan... ah, PAS manalah ada sumber kewangan yang kukuh... hidupnya adalah hasil infa' ahli yang mengharapkan adanya ganjaran dariNya... maka sahaja target RM 4000 yang diletakkan perlu dikerjakan dengan bersungguh2 dan seikhlas mungkin... so, sapa nak infa' terutamanya penduduk rumah Baitul Hikmah, bolehlah berbuat demikian dengan memberikannya kepada saku... ikhlaskan hati kalian... huhu

Yang Diatas adalah intro... saja nak tarik perhatian wak Al-Banjari... sebab beliau suka intro yang mantop.. btw, nak pegi berkebajikan kat kawasan dia la... area2 hulu Parit Buntar nun... hehe dan sekarang mari pergi kepada tajuk... muslimin vs muslimat... erkk... apa yang x kene ngan dua gender nie??... huahua... entahlah... semua orang tahu, aku sangat x suke meeting... nak2 meeting jemaah... maka, jatuh terus hukuman gantung keatas aku, kata suka kerja sorang2 n tidak ikut konsep berjemaah...

Huahua, x pe, aku dah maafkan mereka2 yang berpendapat begitu... sebab mereka tidak tahu, tetapi tidak pula mahu bertanya... hauhua... silap aku juga sebab mendatangkan fitnah nie... sebab aku lupa, bangsa kita adalah bangsa penghukum terbaik... hehe... entah kenapa, tetiba hari nie aku mahu bersuara... ( artikel ini bukan untuk adik2 jemaah kampus.. sila teruskan hidup anda seperti biasa sambil mengabaikan senior yang cam apa2 ntah nie... kerana adalah sangat ditakuti aku terpalit sama dengan insiden menghasut adik2 JR... takut ooo.. rasa mcm Soi Lek kene buang MCA!! )

Hakikatnya, aku bukan tidak suka meeting, buktinya tadi aku paksa budak yg nk futur pegi meeting, sebab meeting sangat penting untuk memutuskan perkara2 dasar yang bakal dilaksanakan oleh jemaah... tanpa meeting, mana mungkin perkara2 besar dapat diputuskan... gile nak suh tuan pres sorang2 pikir n kluar keputusan??... lama2 botak kepala kawan tu... huahua... Namun, aku benci meeting yang:

1. lebih 2 jam... bagi aku mengarut ja meeting lebih 2 jam nie... kabinet Malaysiapun meeting 1 jam setengah dah boleh keluar keputusan kata minyak naik esok... apa alasan ntah nak meeting lama2 just nak keputusan nak jual kurma chokodate ka x... wakaka ( ini adalah iklan chokodate.. sapa yang masih nak chokodate, boleh hubungi aku coz kalau aku dpt cri 10 org nak beli@ 10 bungkus jualan, aku dpt harga murah @ komisyen untuk bungkusan yang aku nak bli pula... wakaka... sebungkus 500 g berharga RM 30... member aku saudagar kurma ambil terus dari kilang...)... meeting pemuda yang nak putuskan 11 perkara tupun makan masa just area 2 jam ja... huahua...

2. Gaduh dalam meeting, bawak keluar kelambu.... ah, nie yang paling aku menyampah sekali... cam siot je.. ntah mana ajaran guna... biasa la nak berbeza pendapat, kalau sapa yang kenal aku, n pernah bermeeting dengan aku, pasti tau mcm mana aku pancung setiap ayat2 ngarut yang keluar daripada budak2 maahad yang keluarkan dalil korek hidung batal puasa... huahua... ( aku sekolah sekular )... bukan sekolah maahad ja la... nie aku nak cite yang ilmunya jauh lebih tinggi dari aku.. berkaitan agama dan pengamalan agama...

Tapi biasa la tu, aku sanggap ko, ko sanggah aku... diluar kita tetap brsaudara... huahua.. ayat ada bunyi2 aduka skit... bukan aku sanggah atau aku pancung bermakna aku betul dan benar total 100%... kan ke masing2 dah besar panjang n mampu pula membuat pertimbangan wajar... kalau rasa aku memang betul2 mengarut ( serius banyak gak lepas meeting aku rasa aku mengarut dalam meeting.. wakaka) abaikanlah, dan adakah kerana aku maka mesti dilaksanakan apa aku kata??...

Sat lagi ada yang kata cukup2lah buat keputusan untuk orang lain... aiseh, terpaksa la aku gelak guling2... yang ko ikut jugak apa aku ckp tu pesal??... kan ke kopun mampu pikir n ambil keputusan sendri... last2 untuk mengelak tragedi lagi buruk, aku blah jap dari meeting g cari makanan ke apa atau habis bosan aku nulis sajak tanpa entry, sebab lepas meeting rasmi nie, ada meeting x rasmi lak... meeting untuk melahirkan ketidakpuasan hati... biasanya ada 2 team, muslimin vs muslimat.... huahua.. dah nampak perkaitan ngan tajuk??... dan aku biasa gak mengetuai team muslimin untuk mengutuk beberapa tindakan dalam meeting yg x kene ngan selera perut besar aku... wakaka... cakap org, akupun sama!!...

Yang lagi best, muslimat kutuk muslimin duk bincang belakang @ cakap belakang... tapi rupa2nya musliminpun duk kutuk muslimat coz duk bincang @ cakap belakang... haha... baru ja tadi aku dengar n dapat saham sama... waktu kepala aku tengah mereng n alah pula pada cahaya yang tetiba dipasang... hehe... aku yg sukakan kegelapan yang penuh misteri!!... tepaksa kuar jap pusing2 naik motor... terapi nie la yg biasa legakan kesakitan aku... ( tapi tak sia-sia keluar td... coz dpt jumpa rumah muslimat.. hehe depan surau??)

3. Keputusan meeting lain, yang dibuatnya lain... huahua, percaya x, aku pernah hadir meeting yang aku rasa x kurang 4 ke 5 jam... ye la bahas nak catur2kan budak2 nie kat posisi masing2 yang sesuai... ala lebih kurang meting fergusen nak letak pemain2 MU lawan Ars la nie... punya la serius meeting, habis keluar fakta semua... kakak ahli nie juga ahli jemaah dulu.. dan dia belum berkahwin... dia nie suka makan kurma, daging ayam dan roti bakar...

Pergh, pendek kata memang habis2san dibahaskan la sesuai ke x ke posisi tertentu... penyerang sapa dia, pertahanan sapa dia... dan sebagainya.... tapi last2, bila time pelaksanaan, huahua... gigit jari beb aku dibuatnya... hauhua... rupa2nya depa yang atas2 tu ada meeting lain lagi... dan seterusnya membuat keputusan semula... huahua... agak2 rugi x 5 jam aku?... sebenarnya bila fikir balik, x de la rugi mana, coz dalam meeting first sudah bagi gambaran setiap ahli tu... boleh la MT buat keputusan yang lebih baik... cuma hati beb... hati sendiri panas je... haha... maka jangan marah aku kalau x suke meeting jenis nie!... hehe ke guane?

4. melalut2 dan x kene ngan tajuk... nie maap cakap la... memang selalunya muslimat la nie.. entah apa yang dihujahkannya... bayangkan, nak g jual kurma... so, sepatutnya g la jual kurma.. tetapkan harga tempat dan sasaran.. cukup, aku rasa dalam 15 minit boleh selesai meeting bab tu... tapi muslimat kita nie... alahai, siap tanya lagi, apa motifnya kita jual kurma bulan Ramadhan nie?... kalau kita ganti ngan epal x boleh ka?... kenapa kurma??... ( dengan penuh emosi duk tanya )... huahua... sadisnya.. ke aku ja yang duk rasa benda nie??... maaf la ye muslimat kalau silp apa aku tulis nie... huahua... dah tu nak suh aku tarik balik tulisan nie??... wakaka...

Dan sebenarnya ada beberapa perkara lagi ( malas nak pikir... ujan lebat gile... rasa nak tido lak... tapi mampu ka??... ces tadi kepala buat hal lagi... mereng jap... huahua... bila la nak kasi keluar itu makhluk!! )


Ke nak tadi mcm sini?... huhu layan..


p/s : Khunsa tu aku sengaja letak coz carian daripada google mengenai khunsa akan membawa pembaca ke blog baru ini.. sekian.. wakaka
Related Posts with Thumbnails