Thursday, September 10, 2009

PAS- Jihad Ekonomi


Bulan Ramadhan yang berkah nie... memang masing2 berlumba2 nak membuat amalan sehabis baik... bagus dan syabas... moga bertambah pahala dan redha Allah... aku dapat lihat itu... seakan pesta ibadah... kalau biasa2 satu safpun kantoi kalau masjid kat Parit Buntar nie.. but bulan nie... hampir 7 saf yang setiap satunya boleh memuatkan 60-70 jemaah satu saf... ah alangkan indahnya jika Roh Ramadhan masuk juga pada lain2 bulan...

Begitu juga dengan segala bentuk derma... tajaan berbuka... rumah anak2 yatim... ibu tunggal... warga miskin juga sehabis baik dibantu... ah, memang ramadhan satu bulan yang sungguh istimewa... dan sangat asyik mengetahui ahli2 PAS juga melakukan perkara yang dinyatakan diatas dengan penuh ikhlas... ah, beginilah tarbiyah yang disemai dalam jiwa setiap daripada ahli...

Namun, aku ingin melihat dari satu sudut yang lain... aku sangat pasti golongan pemikir PAS sudah lama memikirkan darihal yang cuba aku bawakan ini... benar, PAS juga ingin memberi peluang kepada ahlinya menambah amalan dengan membenarkan atau menggalakkan ahlinya membuat infa' untuk setiap tujuan yg memerlukan kewangan... sehingga ada wujud satu frasa.. PAS hidup atas ikhsan wang infa' ahli2nya... sampai bilakah perkara ini akan dibiarkan berterusan sedangkan PAS bersama pakatan mengaku bahawa kita adalah kerajaan dalam penantian...

Sudah sampai masanya PAS memberi fokus yang sedikit besar kepada jihad ekonomi... di sini aku menilai PAS gagal jika dibandingkan dengan lain2 bentuk jihad... jika kedai serbaneka seperti econsave umpamanya dapat diwujudkan oleh PAS disetiap kawasan, aku sangat pasti kewangan bukan lagi masalah utama... sepatutnya ia boleh dilaksanakan... cuma kesungguhan dan kerjasama ahli yang mewarnakan kejayaannya...

p/s: terkadang terkesan dengan al-Arqam di dalam pembangunan ekonomi... adakah kerana fokus kepada politik terlalu besr, maka banyak elemen lain dipandang sepi??... moga2 aku salah!

No comments:

Related Posts with Thumbnails