Wednesday, September 2, 2009

Tentera Merah Sang Lilin


x payah guna ayat sedap2... aku nak terus pada point aku... tentera merah aku rujuk pada unit amal... Sang lilin aku rujuk pada guru PASTI...

1. Unit amal... aku nak bagi satu tabik hormat pada seluruh anggota unit amal yang pada pemerhatian kasar aku peranan yang dimainkan setanding dengan peranan para pimpinan utama dalam PAS... setiap kali ceramah, pilihan raya kecil mahupun demo, unit amal dilihat berperanan dengan berkesan sekali di dalam memastikan kelansungan prog berjalan dengan lancar...

Ok, kita terus kepada apa yang ada di hati kecil aku iaitu mari kita berkenalan dengan ahli kepada unit amal... jangan la duk nengok yang atas2.. memang la ramai kaki2 bekas askar berjawatan dalam tu... nie kita nengok yg duk paling bawah... yang jadi pak pacak jaga lalu lintas setiap kali ceramah... yang duk depan setiap kali demo... ada dalam tu back ground mat rempit, bekas penangihpun aku biasa jumpa... budak2 yang maap cakap x abis sekolah ( kesian keluarga x mampu )...

Syukur, di Parit Buntar nie, golongan nie mendapat tempat di dewan pemuda untuk dibantu... sekurang2nya ada juga usaha ke arah tu walaupun sekadar sekampit dua beras 5 kilo... Ramadhan x disiakan dengan mengutamakan ahli2 pemuda sendiri .. satu usaha yang terpuji... namun, bagaimana dengan kawasan2 lain?...

Aku bercakap begini kerana dalam satu sesi penerangan gerak kerja, ada dinyatakan bahawa kita perlu membantu tidak kira dari apa parti sekalipun... ye benar, aku brsetuju dengan itu... jika layak, semuapun wajar dibantu... juga memberi keuntungan dari segi pulangan politik... aku juga bersetuju akan perkara itu... tapi, yang membuat aku jadi sedikit berfikir dengan dalam adalah, ayat yang ini " namun, jika boleh kita utamakan dahulu golongan atas pagar dan pihak musuh politik supaya mereka dapat melihat betapa kita benar2 bekerja kearah menjadi sebuah gagasan yang berkebajikan"...

Anda ada rasa pelik x dengan ayat yang aku quote tu?... entah la.. aku sedikit kurang setuju.. tidak kiralah siapapun yang bercakap begitu kerana aku berpandangan adalah wajib PAS membantu ahli2nya yang memerlukan dengan sangat terlebih dahulu sebelum mengorak langkah untuk mnuju kepada yang lain... ah, x usah pergi jauh, cari dalam unit amal... besepah jumpa mereka2 yang perlukan bantuan... dan aku merayu, bantulah mreka dengan keterbatasan yang kita ada... sekurang2nya raya tahun nie dan tahun mendatang mereka akan lebih bermakna... dan jauh lebih penting mreka akan lebih ikhlas dalam membantu PAS dan Islam...

Sang lilin nanti aku update esok... ngantuk yang amat... sekian

No comments:

Related Posts with Thumbnails