Tuesday, December 29, 2009

Wau lamanya!!


Huhu.. lama betul x update mana2 blog... gian lak rasanya... apatah lagi lately dunia politik umpama gerakan rawak zarah-zarah yang belaga sesama sendiri... pergh laju betul... sampaikan aku yang ramai org kata bergerak dengan kelajuan cahayapun x mampu nak menyaingi kelajuan dunia politik hari ini... maka jangan salahkan jika aku sangat mengabaikan perihal perjalanan politik buat sementara waktu... bagi aku tempoh bertenang dan tempoh untuk diriku sendiri... dikuatkan lagi akupun belum tentu hidup yang bagaimana bakal aku lalui seterusnya... 

Perancangan demi perancangan satu-satu tersungkur tanpa belas kasihan... huhu.. pentas dunia seakan mengecil.. perjalanan johor-penang umpama dari tebing sungai ke tebing sungai yang satu lagi... ujian demi ujian mencabar akal waras sehingga tiada space untuk memikirkan dunia politik... rupa-rupanya.. jika datang sesuatu yang lebih mendesak... kita boleh melupakan apa sekalipun yang menjadi kegemaran kita sebelumnya...

Belum lagi masuk bab tanggungjawab anak kepada ibu bapanya... huhu... bulan2 belakangan ini aku seakan anak yang membawa malu keluarga... aiseh... bukan sekadar malu, malah kerisauan melampau juga... ditambah degil dan kepala batunya aku... ish, pernahkah kalian merasa menjadi anak yang sangat tidak berguna??... itu terjadi pada aku sekarang... huhu.. pada usia 23 tahun, masih mengharapkan wang orangtua... aku sangat yakin, ibu bapaku adalah yang terbaik di dunia...

Walau bagaimanapun aku... pasti aku masih diterima baik oleh mereka... walaupun sering dan kerap memalukan... cuma dipihak aku... jikalah iman tidak ada dalam diri... aku pernah berfikir untuk sekurang2nya terjun ke sungai kerian... huahua... ceteknya pemikiran yang ditunjangi bisikan syaitan!...

Ramai orang marah dan tidak setuju dengan cara aku menulis... mungkin kerana terlalu kerap menipu.. maka segala buah fikiranku dianggap menipu... holla... padahal apa yang aku tipukan itu.. semuanya adalah perkara yang gagal mereka tafsirkan... seterusnya dengan penafsiran sendiri... maka dengan kuasa penghukum yang ada... aku dijatuhkan hukuman mati... oleh itu, aku memutuskan blog konsesi dakwah... sekali lagi aku tutup untuk umum... biarlah apapun yg kalian ingin katakan selepas ini.. blog itu biar kenangan aku sendiri...

"aik, boleh pulak mcm tu??... hari tu kata x nak update.. pastu update.. skang nak tutup... huhu... mesti lepas nie bukak balik..."... ini adalah ayat yang akan kalian utarakan.. jadi, x yah cakap dah ayat nie.. sebab aku dah tulis dalam blog yang ini!... huahua... balik semula pada tipu... ada seorang sahabat memberi nasihat.. x baik tipu dr minal n dapat sampai 13 mc... baiklah pergi je kelas... ngeh2.. hasil tulisan aku "sakit itu tidak sakit"... rupanya ditafsirkan aku sebagai menipu dr minal untuk mendapatkan mc?... adoila... hauhua...

Kemudian ke bagan pinang... jikapun tidak ada duit kalian, aku tetap juga akan ke sana.. malah ketika kutipan infa' itu dijalankan.. aku sudah 2 hari disana.. masih hidup dengan segar!!... dan untuk pengetahuan semua... infa'2 kalian sudah ku masukkan dalam tabung derma jihad bagan pinang.. tidak sesenpun aku gunakan... dan kata seorang lec jemaah " kalau x de duit.. x payahlah pergi bagan pinang... ".. erk... mengapakah kenyataan tergantung ini terjadi?... oh, rupa2nya ada kutipan derma atas namaku... holla... BOSAN!!

Buat sahabat2 serumah lak... bila nak adakan meeting??... sapa yg akan keluar dan siapa yang akan stay?... bila nak jemput semula ustadz buat kuliah mingguan?... bila nak adakah hari masak bersama-sama?... adakah semakin ramai penduduk rumah, maka semakin sukar pula mengadakan aktiviti?... lupakanlah segala jenis sengketa... lepas2 nie beringat... kalau kitapun terlihat sangat x faham jemaah.. apa diharap pada adik2 tu supaya dapat memahami jemaah lebih baik dari kita?... fahami kondisi masing2.. kita bukan lagi pimpinan.. melainkan bekas pimpinan!!..

Kalau aku lain.. aku MT Alumni ... wakaka... Bendahari beb!.. so, sapa x bayar lagi yuran.. sila lakukan dengan segera... tempoh kontrak aku jadi pemangku Bendahari dilanjutkan.. kerana performance bagus.. hehe... arahan mas'ul... oh ya satu lagi... streamyx ada buat promosi... last 31 nie.. so, nak upgrade x internet rumah... ala.. bayar dalam area 11 inggit sebulan sorang.. lebih kurang makan 2 kali kat kari korner je... hauhua... kalau x nak respon la... kalau x respon.. maknanya nak la.. hauhua... 

3 comments:

Anonymous said...

Aku pun pelek, walaupun ramai yang duduk di rumah. Hujung minggu mesti takde orang. Tinggal sorang dua, yang lain balik kampung. Minggu depan pulak balik kampung lagi, minggu seterusnya balik lagi. Balik dan balik. Itu je aktiviti mingguan ahli rumah. Macam mana nak adakan aktiviti? Ketua rumah pulak macam biskut. Kejap ada kejap xde. Macam mana nak urus ahli rumah. Aku usulkan vote of no confident kat ketua rumah. Wakakakaka....

PEMUDA EPAL said...

huhu sejak bila berg jadikan medium blogger ni sbg tmpat luah isu2 rumah ni.. kawe bulan 1 takder berg.. sewa bulan 12 belum bayar lg... masuk buku 555 ya...

Shahril said...

bro..jgn la sedih2..hehehe..tolong promote blog aku..haha..blog anak2 tadika jek..haha

Related Posts with Thumbnails