Sunday, November 15, 2009

Kambing Hitam


Aku x tahu kenapa kambing hitam akan bagi satu persepsi buruk kat rakyat malaysia. Mungkin natijah daripada pemahaman guru2 dahulu bahawa kambing hitam menggambarkan suatu yang negatif.

Dan sekarang Khalid Samad kambing hitam?..Maka siapa kambing putih??



Tapi aku pelik... bukan 2-2 kambing ka??... nape nak beza-bezakan warna??... hauhua

Friday, November 13, 2009

Lepas tanpa Bebas

Lawak aku dengar istilah nie... haha.. lepas tanpa bebas... entah kenapa pelik2 je istilah undang2 nie.. manusia mencipta pelbagai istilah yang kemudiannya manusia sendiri tak mampu mentafsirkan.

"Penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin Rabu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau."

Ahaks... nampak x kan mana lawaknya... dilepaskan tanpa bebas sebab polis belum dapat mengesan kat mana Raja Petra??... wakaka... rupa-rupanya waran tangkappun duk ada lagi kat tangan polis... lepas tu ada hati nak masuk mahkamah... Raja Petra boleh je claim x tahu... coz waran tangkap x de kat dia... wakaka...

Tup2 blog Raja Petra di updated....

Wednesday, November 11, 2009

Pejuang PAS- Sesekali Di Uji

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa.

Himpunan Bicara Politik/Tarbiyah


Politik tidak statik, tetapi pemikiran politikus selalu terlihat rigid. Dia dengan pendapatnya, seolah-olah pendapat yang lain total salah. Baginya "aku hebat, dan hebat cuma satu, dan itu aku!".Apa yang 'aku' fikir mesti ku sampaikan pada yang lain supaya dapat kupaksa mereka menerima ia sebagai kesatuan fikir. Jika tidak, akan 'ku'tentang mereka kerana mereka pasti salah!. Berbeza pandangan itu perpecahan?...ah, sedang hakikatnya ia adalah rahmat. Bukankah yang terbaik bakal terjelma?, dari himpunan ribuan pendapat!!. Kalaulah dapat saling memahami dan menghormati...



Tarbiyah itu begitu membebankan. Kerana disempitkan ertinya yang luas. Hidupnya dalam kepura-puraan. Atau dibilang sarkastik?. Bicaranya soal jemaah tapi lakunya nak hidup seorang. "Aku sudah menyumbang banyak dan apa sumbangan kamu?" soalan yang memperkecil-kecilkan tatkala hujah tidak mampu dibalas hujah. Ah, lalu bagaimana di dunia ingin hebat sedang akhirat ditinggal-tinggalkan. Hubungan dengan tuhan seakan terjaga tetapi sesama insan terpencil tergelincir. Bukankah lebih baik berbalah untuk kebaikan ummah daripada baik sekadar pada diri sendiri?


Politik sering disalah erti. Sering dikatakan ia kotor. Sedang politik adalah seni, yang sangat halus dan pastinya suci. Namun kotornya adalah pada pemainnya yang hina. Tidak sanggup dicemuh, lalu apa ertinya kau berada dimedan cemuhan??. Adakah dalam hidup semestinya benci dibalas benci?. Atau mungkin boleh difikirkan bagaimana dari benci menjadi cinta. Apabila dakwah terkait terus pada Allah, dan tidak bakal terkesan dengan makhluk. Ah, bilakah kemanisan itu bakal melekat dalam diriku?. Adakah dengan mengasingkan politik dari agama?. Bicara apa kau!!


Pernahkah kau menerima tarbiyah terus dari Allah. Apabila sakit masih mampu tersenyum simpul, kerana tahu ujian apakah bakal kau harungi. Namun sayang tidak begitu kita ini. Bila sakit sangat mudah merintih, mendayu-dayu memohon ampun pada Pemilik Cinta. Hakikatnya kita lupa, kifarah juga terkadang bukan sekadar salah pada Rabb, juga hubungan dengan manusia, atau mungkin dengan binatang juga tumbuhan?. Lupa adalah tandanya kita hamba. Dan ahli politik paling kuat pelupa?. Sekurang-kurangnya pada janji sendiri!!


Zaman itu berubah, kerana masa tetap pasti kan berubah. Sehingga ia tidak lagi dinamakan masa, pada hari perubahan yang hanya diketahui oleh Dia. Politik juga berubah, kerana pemainnya sering diubah-ubah, sesuai dengan perubahan zaman. Lalu, apa yang begitu kau harapkan?. Punya keabadian dan mengabaikan sisi-sisi perubahan yang sering berubah??. Ah, tinggalkanlah pengharapan pada makhluk. Mana keterbegantungan kau pada Tuhan yang memiliki setiap satu unsur perubahan. Cubalah berubah untuk sama-sama menghayati dan mengikuti perubahan itu. Ah, namakan sahaja perubahan demi kebaikan. Hijrah!!


Aku berdosa. Kalian juga berdosa, kerana yang terhindar dosa itu cuma kekasih yang Maha Pencipta. Cuma yang membezakan, banyak mana dosamu berbanding yang lain. Dan ada politikus yang mendabik dada, katanya "Kau lebih banyak dosa daripada aku, maka apa perlunya aku mengikut kata-katamu!". Ah dia terlupa, rupanya tuhan pencipta Dosa dan Pahala maha pengampun. Bukan dilihatnya banyak mana dosa dilakukan. namun dilihatnya banyak mana taubat dilafazkan. Ah, yakinkah kau yang baik selamanya akan baik?.. dan jahat akan selamanya jadi jahat?.. Moga yang baik akan kekal baik dan jahat mampu berubah menjadi baik.. Prinsipnya, kita sama disisiNya!... Siapa yang tahan diuji, maka dia berjaya, dan hasil ujian adalah ketaqwaan.. Jangan sampai dengan kuasa kau tersungkur!!!

Friday, November 6, 2009

Bipop!

Bipop adalah singkatan bagi bintang popular... yup, majalah sisipan untuk hiburan berita harian... serius aku jarang baca bab2 hiburan nie... huhu, tapi hari nie tergerak hati nak selak2 n nengok isi kandungannya... tupun lepas sorang member aku duk buat statment mcm nie... 'la nie, baca blog-blog politik dah macam baca Bipop ngan Mangga, banyak sangat selak hal2 dalam kain... bezanya blog-blog pakatan kadang-kadang ada tulis-tulis hadith...tapi, baca boleh percaya nanti dulu!'... ceh, dah mcm moto untuk utusan meloya lak... hauhua.

Bila aku selak-selak Bipop versi online n mangga versi online tadi, aku dapati kata-kata kawan aku td mcm ada sedikit benar... bayangkan tajuk-tajuk seperti ini dalam Bipop 'Sudah-sudahlah Marsha' , 'Usah Label Kami Tuduhan Negatif'' dan 'Kebenaran akan terbukti' begitu dekat sekali dengan tajuk-tajuk dan isi-isi blog-blog politik dewasa ini. Maka sahaja, membacanya terasa sama seolah sedang membaca Bipop. Ya, ada benarnya sahabatku seorang ini. Aku perlahan-lahan mengangguk setuju tanpa prejudis.

Namun, hal ini tidak memadamkan semangtku untuk terus mendapatkan maklumat melalui blog-blog sebegini. Tulisan mereka tidak wajar pula ditolak mentah-mentah. Akal yang Allah kurniakan sepatutnya menjadi penapis paling baik untuk setiap maklumat yang diterima.

Sebagaimana percayanya peminat-peminat dunia hiburan terhadap Bipop begitulah percayaku kepada blog-blog politik ini. Tetapi, di sana yang dinamakan gosip belum tentu benar atau salah. Sama keadaannya, di sini juga tidak tentu betul dan sahihnya lagi.

Maka, ambil sebagai suatu bacaan ringan dan tidak pula memberatkan kepala. Kadang-kadang, hal-hal politik bila dah belaku baru boleh kata belaku. Bubar DUN Perak umpamanya, dari satu tarikh kepada satu tarikh diberitahu oleh pimpinan dan aku bersikap, dah bubar baru dinamakan Bubar!

Thursday, November 5, 2009

Apabila Bloggers Pas Sudah Pandai Ber'munafiq'kan Sesama Sendiri



Sedih aku baca beberapa lelaman blog hari ini. Aku sudah menjangka perkara ini berlaku dan sepatutnya aku bersedia awal. Namun, aku tewas juga dan terus-terusan berasa sedih. Beberapa perkara yang melanda jemaah muktahir ini, benar-benar suatu proses yang mematangkan diriku sendiri. Aku mula berkenal-kenalan dengan banyak ragam dalam sebuah jemaah yang membawa nama Islam dan perjuangannya di pundak masing-masing.

Sebenarnya bab bloggers PRpun tak habis bincang panjang lagi. Tup-tup hal sesama sendiri pula yang meletup. Baca <sini> kemudian aku selak-selak pula <di sini> dan akhir sekali aku teringat untuk pergi <ke sini>. Mudah-mudahan Allah meredhai orang-orang yang benar. Ops terlupa, adakah yang < kat sini> akan kembali membalas?. Maka akan berperanglah golongan-golongan yang ditipu Syaitan!

Marilah kita berdoa semoga episod ini akan berakhir bagai berlalunya semusim kemarau yang panjang. Dan bila tiba saat itu, diharapkan PAS dan PR akan terus subur adanya, juga kembali berbuah!

p/s: akupun sedikit berada dalam fasa keliru, berkaitan TKO... entahlah, perasaan anneh bila menyerangku, pasti ada alamat yang kurang baik. Tidak bagus untuk percaya hal-hal begitu... namun, benarkah ia mematangkan?... atau bakal pula menghancurkan diriku kelak?... ah, aku sang moderator?... untuk hebahan... TKO sudah kembali beroperasi!

KEPADA PENEGAK KEBENARAN, KEADILAN, DAN KEMAKMURAN


Aku tahu bahwa engkau Pahlawan

Kau kumandangkan suaramu ditengah medan pertentangan
Suaramu bergetar membelah angkasa
Dengan kata-kata kebenaran
Tapi gema suaramu disambar geledek kebathilan
Ditengah kegersangan angkasa yang tak berawan


Kutahu ketabahanmu
Menegakkan kebenaran adalah perjuanganmu
Menegakkan keadilan adalah tujuanmu
Menegakkan kemakmuran adalah cita-citamu
Itulah hidup bagimu.


Ditengah kehausan Ummat
Dikala semua pedoman tak ada lagi
Dikala bintang tak satu yang muncul
Dikala gelap gulita sedang mencengkeram
Kau curahkan air kelegaan
Kau tunjukkan mereka tempat lalu.


Biar terban tanah dapat berpijak
Biar patah dahan tempat bergantung
Biar bersilang tunjuk menghina
Namun yang benar kau sebut jua


Tahukah engkau wahai penegak kebenaran
Getaran dan gema suaramu telah menyelinap
Kedalam jiwa-jiwa generasi yang haus akan kebenaran
Gema dan nada suaramu yang penuh dengan butir-butir kebenaran
Menembus hati mereka
Perjuanganmu akan mereka teruskan
Cita-citamu akan mereka lanjutkan


Tahukah engkau wahai Pahlawan
Tunas-tunas muda yang sedang kuncup
Ingin mendapatkan siramanmu
Dengan embun kebenaran
Dari ujung lidahmu
Tempat persembunyian kalimat-kalimat yang berharga
Dari kandungan petunjuk Tuhanmu


Kami bangga melihat tindakan tegasmu wahai Pahlawan
Engkau buangkan rintangan yang menghambat cita-citamu
Engkau tinggalkan kursi dan meja yang akan merintangi engkau bergerak
Engkau nyahkan kesenangan dan bujukan
Engkau terjun kedalam medan pergolakan
Itulah rupanya bahagia bagimu
Aku bangga melihtamu Pahlawan.

Almanar/HAMKA
Related Posts with Thumbnails