Thursday, November 5, 2009

Apabila Bloggers Pas Sudah Pandai Ber'munafiq'kan Sesama Sendiri



Sedih aku baca beberapa lelaman blog hari ini. Aku sudah menjangka perkara ini berlaku dan sepatutnya aku bersedia awal. Namun, aku tewas juga dan terus-terusan berasa sedih. Beberapa perkara yang melanda jemaah muktahir ini, benar-benar suatu proses yang mematangkan diriku sendiri. Aku mula berkenal-kenalan dengan banyak ragam dalam sebuah jemaah yang membawa nama Islam dan perjuangannya di pundak masing-masing.

Sebenarnya bab bloggers PRpun tak habis bincang panjang lagi. Tup-tup hal sesama sendiri pula yang meletup. Baca <sini> kemudian aku selak-selak pula <di sini> dan akhir sekali aku teringat untuk pergi <ke sini>. Mudah-mudahan Allah meredhai orang-orang yang benar. Ops terlupa, adakah yang < kat sini> akan kembali membalas?. Maka akan berperanglah golongan-golongan yang ditipu Syaitan!

Marilah kita berdoa semoga episod ini akan berakhir bagai berlalunya semusim kemarau yang panjang. Dan bila tiba saat itu, diharapkan PAS dan PR akan terus subur adanya, juga kembali berbuah!

p/s: akupun sedikit berada dalam fasa keliru, berkaitan TKO... entahlah, perasaan anneh bila menyerangku, pasti ada alamat yang kurang baik. Tidak bagus untuk percaya hal-hal begitu... namun, benarkah ia mematangkan?... atau bakal pula menghancurkan diriku kelak?... ah, aku sang moderator?... untuk hebahan... TKO sudah kembali beroperasi!

1 comment:

albanjari said...

salam syeih,
Ana sedang kaunter kronologi itu daripada sayuti sendiri, kerana ada khilafnya..sedangkan dia sudah bersumpah..

Ana takut sumpahnya makan diri..wallahuaklam..

Kerana itu ana menangguh dahulu untuk membalas artikel dan email itu, sehingga mendapat pengesahan dari beliau.

Related Posts with Thumbnails