Tuesday, September 29, 2009

Bandar Tentera Darat.. huahua

Kalau Lumut diketahui umum sebagai Bandar Tentera Laut... kini PD pula dinaik taraf menjadi Bandar Tentera Darat... huahua... begitu terdesakkah sehingga undi tenterapun sudah tidak solid kepada UBN??... erm kita saksikan gula2 apa yang bakal disajikan lagi nanti... btw... Isa Samad calon UMNO.. erm mungkin diakui Bagan Pinang akan dimenangi... namun, imej nasional pasti sangat buruk... sangat bahaya politik UMNO kini... hehe... x tahan dah la tu kene pukulan 7-1.. huahua

p/s: x sabar nak tunggu calon PAS siapa... Bagan Pinang, Here I Come!!

Wednesday, September 16, 2009

Politik dan Raya.. erm Raya dululah... lol



1. Erm banyak gile isu sekarang nie... politik memang satu gerakan yang tidak statik.. hari2 ada benda baru.. menarik namun kadang2 bosan... hehe.. Aku bercadang nak lawat gak negeri aduka tu barang 2 hari ke tiga hari... tapi skang Raya dululah... huahua... namun, aku bagi full support pada <sini> ... nak join tapi rasa kerdil lak... nyamuk je la katakan.. ahaks...

2. Suami Kak Laila akhirnya dibebaskan dari tahanan tanpa bicara ISA setelah 7 tahun dinafikan haknya... moga2 Aidilfitri kali ini lebih ceria buat kak laila sekeluarga... baca <sini>... namun, akta zalim ini masih perlu dihapuskan.. difahamkan masih ada 9 org dalam tahanan.. mahu diapakan mereka itu??

3. Hari nie aku balik johor... Gile apa hari Raya x nak bersama keluarga tercinta.. apa nak jadi anak derhaka ka?... huhu.. wah.. x sabar rasanya nak jumpa my ummi n abah... kuikui... best2 balik johor... boleh abaikan banyak benda ngarut2 kat belah2 utara nie.. hehe

4. Jadi, dikesempatan yang sikit nie... aku nak ucap benda nie ja ..."Ramadhan x mampu mengubah aku menjadi lebih baik... maaf semua.. selamat hari raya.. maaf zahir batin... moga Aidilfitri kali ini bakal memberi seribu kenangan terindah... jaga amal.. jaga kesihatan... moga Allah bersama2 dengan anak2 akhirat.. melihat dunia dari jendela akhirat!... salam'alaik"... n


Monday, September 14, 2009

Cool- Lagu Raya



Cool... yup, hilang thiqah ka kalau layan lagu2 mcm nie??... erm ahli PAS komen skit.. kredit pada ferum yg kenalkan aku ngan lagu nie...

So, aku tujukan lagu nie kat ayahanda n bonda, family aku.. sahabat2.. anak2 usrah... guru2.. lec.. dan semua yang pernah kenal atau dah lupa... n juga kepada semua yg bakal menyambut Aidilfitri seminggu dri hari ini..

Thursday, September 10, 2009

PAS- Jihad Ekonomi


Bulan Ramadhan yang berkah nie... memang masing2 berlumba2 nak membuat amalan sehabis baik... bagus dan syabas... moga bertambah pahala dan redha Allah... aku dapat lihat itu... seakan pesta ibadah... kalau biasa2 satu safpun kantoi kalau masjid kat Parit Buntar nie.. but bulan nie... hampir 7 saf yang setiap satunya boleh memuatkan 60-70 jemaah satu saf... ah alangkan indahnya jika Roh Ramadhan masuk juga pada lain2 bulan...

Begitu juga dengan segala bentuk derma... tajaan berbuka... rumah anak2 yatim... ibu tunggal... warga miskin juga sehabis baik dibantu... ah, memang ramadhan satu bulan yang sungguh istimewa... dan sangat asyik mengetahui ahli2 PAS juga melakukan perkara yang dinyatakan diatas dengan penuh ikhlas... ah, beginilah tarbiyah yang disemai dalam jiwa setiap daripada ahli...

Namun, aku ingin melihat dari satu sudut yang lain... aku sangat pasti golongan pemikir PAS sudah lama memikirkan darihal yang cuba aku bawakan ini... benar, PAS juga ingin memberi peluang kepada ahlinya menambah amalan dengan membenarkan atau menggalakkan ahlinya membuat infa' untuk setiap tujuan yg memerlukan kewangan... sehingga ada wujud satu frasa.. PAS hidup atas ikhsan wang infa' ahli2nya... sampai bilakah perkara ini akan dibiarkan berterusan sedangkan PAS bersama pakatan mengaku bahawa kita adalah kerajaan dalam penantian...

Sudah sampai masanya PAS memberi fokus yang sedikit besar kepada jihad ekonomi... di sini aku menilai PAS gagal jika dibandingkan dengan lain2 bentuk jihad... jika kedai serbaneka seperti econsave umpamanya dapat diwujudkan oleh PAS disetiap kawasan, aku sangat pasti kewangan bukan lagi masalah utama... sepatutnya ia boleh dilaksanakan... cuma kesungguhan dan kerjasama ahli yang mewarnakan kejayaannya...

p/s: terkadang terkesan dengan al-Arqam di dalam pembangunan ekonomi... adakah kerana fokus kepada politik terlalu besr, maka banyak elemen lain dipandang sepi??... moga2 aku salah!

Monday, September 7, 2009

Jangan Sampai Wa Tempeleng Aduka Taruna

Bulan2 pose nie aku nak minimakan dose.. so, aku nak mintak maap awal2 kat budak duka nie.. wakaka... Tapi dalam masa yang sama wa nak warning lu aduka!

Rujuk sini <---->

SILA SEDIAKAN TEMPAT WA NAK MENGINAP PRK N9...

Menjelang PRK kat negeri lu nih, lu jangan jadi bangkai macam PAS negeri lain. Lu jadi bangkai, gua tempeleng muka lu. Gua kenal lu nih. Gua satu Malaysia dengan lu. Lu jer tak berapa kenal gua. Gua tempeleng dan claim gua ahli AKIM, apa lu nak buat?

Lu akan didatangi oleh blogger seluruh Malaysia. Jangan sombong kengkonon lu adalah blogger terbaik Nogori. Lu tunjuk gua blogger ahli PAS N9 yang berpengaruh. So, jangan sombong bodoh.

p/s: ayat2 yang digunakan tidak mencerminkan jati diri aku... sebab aku cilok ayat si duka ja... haha.. coz nak cari tempat menginap free... hauhua

Thursday, September 3, 2009

Tentera Merah Sang Lilin 2

Sebelum Isyak n Taraweh, aku nak sambung sikit penulisan yang terhenti semalam... ya ramai Melayu yang malas membaca.. ah, sebenarnya bukan melayu sahaja.. yang campur2 darah ada sikit2 darah bugis ke sabahan ke sarawakian pun ramai yang malas membaca.. so, kita terus pada Sang Lilin... aku x tulis panjang sangat.. moga lebih sampai pada tujuan...

Aku pasti ramai dalam otak bila pikir lilin akan Qiaskan dengan guru... ha, betul dah la tu... memang gurupun... tapi dalam konteks PAS, aku nak perincikan lagi guru nie kepada guru2 PASTI... ah, x sampai hati aku nak tulis... bayangkanlah, zaman sekarang ada lagi kerja yang gajinya hanya sekitar 300 ke 400 ringgit sebulan... dan yang pasti ia daripada kalangan pendidik yang bakal melahirkan pejuang2 Islam dan pejuang2 PAS kelak...

"Lepaklah bro.. kejepun empat jam je... kene la ngan gaji tu..." ces, itu jawapan bila aku utarakan kat sorang sahabat mengenai hal nie... dan saat tu gak aku luku pale dia biar jadi ingatan... apa ko ingat senang ke nak jaga budak umo 4,5 ngan 6 tahun nie??... tu belum campur bab nangis2 lagi... bab nakal tok sah cite la... dah namapun budak2... tapi serius susah bro.. aku jaga adik sedara aku sorang umo 4 tahun boleh susut berat badan 2 kilo beb.. tu jaga seminggu ja!... jaga sejaganya x de benda lain buat.. x de ngajar2... x de bagi makan segala... macam cikgu PASTI buat.

Kalau guru2 kemas, dengan kerja yang sama dan masa yang sama, gaji minimum depa dapat adalah 800++... dan kalau ada ijazah, maka gaji ikut ijazahlah... tapi keje depa kurang skit sebab x yah nak susah2 suh anak2 hafal bacaan2 utama dalam islam.. x yah hafal doa2 harian... kata org sekolah makan je... maka guru PASTI lak yang mana PASTi nie PAS begitu berbangga kerana merupakan produknya yang paling berjaya sekali di dalam menyediakan alternatif didikan awal.. ya, aku percaya itu, tapi layanan pada guru2 ini tidak setimpal dengan pengharapan yang diletakkan.

Ah tetap panjang, marah si nyle nanti... ok terus pada point last aku, aku nak bgtau sebenarnya bulan Ramadhan ini adalah bulan yang terbaik untuk melakukan kebajikan kepada ahli sendiri... maka, apalah salahnya PAS kawasan2 beri perhatian yang lebih serius sikit pada ahli sendiri yang sudah bertungkus lumus untuk perjuangan ini... nak Raya dah nie, aku faham keterbatasan yang ada terutama kekangan dari segi kewangan dan sebagainya... tapi bukanlah pula alasan untuk menidakkan kebajikan yang wajar dilakukan... jadi, apa lagi... penuhkanlah tabung PASTI untuk memberi duit persediaan aidilfitri kepada guru PASTI... amacam bro, ada berani??...

Wednesday, September 2, 2009

Tentera Merah Sang Lilin


x payah guna ayat sedap2... aku nak terus pada point aku... tentera merah aku rujuk pada unit amal... Sang lilin aku rujuk pada guru PASTI...

1. Unit amal... aku nak bagi satu tabik hormat pada seluruh anggota unit amal yang pada pemerhatian kasar aku peranan yang dimainkan setanding dengan peranan para pimpinan utama dalam PAS... setiap kali ceramah, pilihan raya kecil mahupun demo, unit amal dilihat berperanan dengan berkesan sekali di dalam memastikan kelansungan prog berjalan dengan lancar...

Ok, kita terus kepada apa yang ada di hati kecil aku iaitu mari kita berkenalan dengan ahli kepada unit amal... jangan la duk nengok yang atas2.. memang la ramai kaki2 bekas askar berjawatan dalam tu... nie kita nengok yg duk paling bawah... yang jadi pak pacak jaga lalu lintas setiap kali ceramah... yang duk depan setiap kali demo... ada dalam tu back ground mat rempit, bekas penangihpun aku biasa jumpa... budak2 yang maap cakap x abis sekolah ( kesian keluarga x mampu )...

Syukur, di Parit Buntar nie, golongan nie mendapat tempat di dewan pemuda untuk dibantu... sekurang2nya ada juga usaha ke arah tu walaupun sekadar sekampit dua beras 5 kilo... Ramadhan x disiakan dengan mengutamakan ahli2 pemuda sendiri .. satu usaha yang terpuji... namun, bagaimana dengan kawasan2 lain?...

Aku bercakap begini kerana dalam satu sesi penerangan gerak kerja, ada dinyatakan bahawa kita perlu membantu tidak kira dari apa parti sekalipun... ye benar, aku brsetuju dengan itu... jika layak, semuapun wajar dibantu... juga memberi keuntungan dari segi pulangan politik... aku juga bersetuju akan perkara itu... tapi, yang membuat aku jadi sedikit berfikir dengan dalam adalah, ayat yang ini " namun, jika boleh kita utamakan dahulu golongan atas pagar dan pihak musuh politik supaya mereka dapat melihat betapa kita benar2 bekerja kearah menjadi sebuah gagasan yang berkebajikan"...

Anda ada rasa pelik x dengan ayat yang aku quote tu?... entah la.. aku sedikit kurang setuju.. tidak kiralah siapapun yang bercakap begitu kerana aku berpandangan adalah wajib PAS membantu ahli2nya yang memerlukan dengan sangat terlebih dahulu sebelum mengorak langkah untuk mnuju kepada yang lain... ah, x usah pergi jauh, cari dalam unit amal... besepah jumpa mereka2 yang perlukan bantuan... dan aku merayu, bantulah mreka dengan keterbatasan yang kita ada... sekurang2nya raya tahun nie dan tahun mendatang mereka akan lebih bermakna... dan jauh lebih penting mreka akan lebih ikhlas dalam membantu PAS dan Islam...

Sang lilin nanti aku update esok... ngantuk yang amat... sekian

Related Posts with Thumbnails