Thursday, September 3, 2009

Tentera Merah Sang Lilin 2

Sebelum Isyak n Taraweh, aku nak sambung sikit penulisan yang terhenti semalam... ya ramai Melayu yang malas membaca.. ah, sebenarnya bukan melayu sahaja.. yang campur2 darah ada sikit2 darah bugis ke sabahan ke sarawakian pun ramai yang malas membaca.. so, kita terus pada Sang Lilin... aku x tulis panjang sangat.. moga lebih sampai pada tujuan...

Aku pasti ramai dalam otak bila pikir lilin akan Qiaskan dengan guru... ha, betul dah la tu... memang gurupun... tapi dalam konteks PAS, aku nak perincikan lagi guru nie kepada guru2 PASTI... ah, x sampai hati aku nak tulis... bayangkanlah, zaman sekarang ada lagi kerja yang gajinya hanya sekitar 300 ke 400 ringgit sebulan... dan yang pasti ia daripada kalangan pendidik yang bakal melahirkan pejuang2 Islam dan pejuang2 PAS kelak...

"Lepaklah bro.. kejepun empat jam je... kene la ngan gaji tu..." ces, itu jawapan bila aku utarakan kat sorang sahabat mengenai hal nie... dan saat tu gak aku luku pale dia biar jadi ingatan... apa ko ingat senang ke nak jaga budak umo 4,5 ngan 6 tahun nie??... tu belum campur bab nangis2 lagi... bab nakal tok sah cite la... dah namapun budak2... tapi serius susah bro.. aku jaga adik sedara aku sorang umo 4 tahun boleh susut berat badan 2 kilo beb.. tu jaga seminggu ja!... jaga sejaganya x de benda lain buat.. x de ngajar2... x de bagi makan segala... macam cikgu PASTI buat.

Kalau guru2 kemas, dengan kerja yang sama dan masa yang sama, gaji minimum depa dapat adalah 800++... dan kalau ada ijazah, maka gaji ikut ijazahlah... tapi keje depa kurang skit sebab x yah nak susah2 suh anak2 hafal bacaan2 utama dalam islam.. x yah hafal doa2 harian... kata org sekolah makan je... maka guru PASTI lak yang mana PASTi nie PAS begitu berbangga kerana merupakan produknya yang paling berjaya sekali di dalam menyediakan alternatif didikan awal.. ya, aku percaya itu, tapi layanan pada guru2 ini tidak setimpal dengan pengharapan yang diletakkan.

Ah tetap panjang, marah si nyle nanti... ok terus pada point last aku, aku nak bgtau sebenarnya bulan Ramadhan ini adalah bulan yang terbaik untuk melakukan kebajikan kepada ahli sendiri... maka, apalah salahnya PAS kawasan2 beri perhatian yang lebih serius sikit pada ahli sendiri yang sudah bertungkus lumus untuk perjuangan ini... nak Raya dah nie, aku faham keterbatasan yang ada terutama kekangan dari segi kewangan dan sebagainya... tapi bukanlah pula alasan untuk menidakkan kebajikan yang wajar dilakukan... jadi, apa lagi... penuhkanlah tabung PASTI untuk memberi duit persediaan aidilfitri kepada guru PASTI... amacam bro, ada berani??...

1 comment:

nur said...

jaga budak memang lah susah berg,
tapi menyamakan kondisi budak yang tengah santai dengan pcik sedara,,
dengan kondisi dia pakai baju formal sekolah dengan niat p sekolah yg ada disiplin perlu dia patuhi
pe'el mana leh sama
sbb dak2 nih dengan orang luar hormat dan segan dia lain sket kot neh kan?

nur rasa nak demand gaji lebih 800
hmm.. tak munasabah gak kalau sungguh kerjanya jaga budak 4jam je (ikut figure yg berg bagi)
alang kerja kilang 12jam gaji cenggitu


sementara tuh cekgu tuh carik alternatif kerja lain ler.. aih macam2 insyaAllah boleh bagi income
kena sungguh dan tokleh tunggu orang datang suap
huhu

Related Posts with Thumbnails