Sunday, November 1, 2009

Kaum Muda Dahulu Sudah Menjadi Kaum Tua Kini?


Aku selalu membaca beberapa blog yang penulisnya aku iktiraf agamawan... x kisah la apa orentasi pemikiran depa, tapi yang pasti, keilmuan depa dalam hal agama memang boleh diakui...dan bagi aku, ada sesuatu yang baru aku akan jumpa... benar, aku suka itu... apatah lagi aku memang jenis yang degil... bila dapat maklumat, aku akan check sehingga aku puas hati...antara agamawan yang aku maksudkan adalah Ustadz Zaharuddin, Dr Maza, Saiful Islam dan sebagainya... dan hari ini, aku akan dapatkan sebuah buku... yang tak akan terlepaskan!... huhu... semuanya gara2 <disini> dan seingat aku, aku pernah pula menulis <disini>... maka sahaja merasa sedikit seronok kerana pandanganku kini seakan-akan sama dengan seorang agamawan, cuma situasi mungkin berbeza...

Namun, ada yang menegur aku kerana orang-orang ini bagi sipenegur, umpama Kaum Muda... pada zaman krisis dengan Kaum Tua seperti yang kita belajar dalam buku sejarah sekolah menengah. Senang cerita, golongan yang sangat bersemangat, dan mengambil keputusan juga atas semangatnya mereka... bukan atas faktor keilmuan... entahlah... aku sendiri, lebih bertindak untuk setuju, dengan apa yang aku fikir betul... dalam konteks tidak menyalahi Quran dan Sunnah.... malah, Dr Maza umpamanya, banyak juga pandangan beliau yang aku tolak, kerana sepemikiranku... hujahnya lemah sekali... ambil contoh tahlil... Qunut dan sebagainya...

Akhirnya, ini sebenarnya yang membuatkan aku melonjak2 untuk membuat satu entry baru... kata2 Prof Hamka... hayatilah... rupa2nya berpuluh tahun dulu.. sudah ada orang yang berfikir sebagaimana yang ada dalam kepala otak aku sekarang... cuma aku, bukan siapa2 yang jika aku zahirkanpun pandanganku... pasti digelakkan orang... Layan!!

“Kedua, kata orang kami tidak menghormati ulama. Sebab mereka pun telah memasukkan pula sebuah lagi tiang baru ke dalam Islam, iaitu wajib menghormati ulama. Wajib taklid kepada ulama! Wajib taat kepada guru. Hal ini saya huraikan dengan saksama, kaum muda amat hormat kepada: ulama. Kaum-muda insaf bahawa pengetahuan yang kita dapat sekarang ini, manakan sampaikan ke tangan kita kalau bukan lantaran ulama. Kami sangat patuh kepada ulama ikutan kita keempat-empatnya: Imam Malik, Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal. Demikian cinta hormati kami kepada beliau-beliau sehingga kalau ada ulama yang menjadi pengawal di luar yang mencuba-cuba menghalangi kami buat bertemu dengan pendapat-pendapat beliau-beliau, kami sirwak (memalukan) apa ulama lain itu, dan kami berkata kepinggirlah engkau! Kami hendak bertemu dengan beliau!…keempat-empatnya (imam empat) menyuruh kami meneruskan perjalanan ke atas, ke hulu agama: kepada al-Kitab dan as-sunnah dan keterangan-keterangan yang diberikan oleh orang yang terdekat kepadanya, iaitu sahabat-sahabat Rasulullah. Padahal tatkala kami masih di muara-muara, banyak benar yang menghalangi. Datang syeikh fulan dan sudah jauh di bawah mutaakhirin (kebelakang), bahkan mutaakhiril mutaakhirin (kebelakang dari yang belakang) melarang keras! Jangan pergi ke hulu. Jangan! Haram! Padahal kami tidak mahu dihalang-halangi lagi. Maka dituduhlah kami sesat, siapa kita yang sesat?

p/s: berat sangat rasanya tuduhan ke atas MAZA tu... kalaupun tidak setuju.. berpada2lah di dalam beralasan. Aku cenderung mengatakan itu fitnah... walaupun banyak juga pointnya betul... entahlah... soalnya sekarang... ilmu sendiri yang cetek!!... huhu... tapikan... perasan tak... Kaum Muda Dahulu Sudah Menjadi Kaum Tua Kini!!!

2 comments:

zaminc said...

memang banyak tuduhan2 dilemparkan kepada MAZA.. namun bagi wa, MAZA sendiri yang membuka pintu fitnah kepada diri sendiri...

Beliau sebagai seorg yg dikatakan berilmu telah memulakan siri2 serangan pd ulama2 (cth serangan pada Syeikh Nuruddin) dan juga kecenderungan memberi label bidaah (baca: neraka) pada mereka yang mengamalkan perkara2 yang ikhtilaf.

Anonymous said...

jangan gune tulisan warna hijau tuh la....berbinar mata nak baca....

Related Posts with Thumbnails